Bab 9

Romance Completed 6164

“Err…kenapa ab..abang pilih Zuyyin jadi isteri abang?”

Zuyyin memulakan bicara apabila terasa asing berada di bilik sendiri bersama Ridzuan. Dia tidak biasa dengan panggilan ‘abang’ itu tadi. Tapi, jika itu yang Ridzuan mahukan, dia ikut sahaja.

Ridzuan menghampirinya yang duduk di atas katil. Dia melabuhkan punggung di birai katil sambil memandang Zuyyin. Zuyyin tertunduk malu.

“Kenapa? Zuyyin tak suka?” Ridzuan menebak. Zuyyin menggeleng.

“Hurm…panjang ceritanya.” Ridzuan mendekatkan dirinya dengan Zuyyin. Belakangnya disandarkan pada kepala katil. Tangan Zuyyin dipegang.

“Sebenarnya, abang dah lama suka kat Zuyyin. Masa tu Zuyyin Tingkatan 1.”

Ridzuan tergelak sendiri apabila terkenangkan masa mula-mula dia bertemu dengan Zuyyin. Zuyyin terlopong. Dia benar-benar tidak menjangka yang Ridzuan menaruh hati padanya sejak dahulu lagi.

“Jangan la buat muka macam tu. Gerun pulak abang nak cerita. Ni bukan cerita hantu tau.” Zuyyin menutup mulutnya. Ridzuan tergelak kecil.

“First sight. Abang memang suka kat Zuyyin sangat-sangat masa tu. Walaupun abang belajar jauh, kat oversea, tapi hati abang tetap ingat kat Zuyyin. Sampailah satu masa tu Zairi hantar Zuyyin kat hospital tempat abang kerja. Hati abang kuat mengatakan yang Zuyyin ni memang jodoh abang. Lepas tu, bermulalah rancangan abang nak dapatkan Zuyyin dengan cara yang halal. Zairi, ibu, ayah dan termasuklah Nana sekali bersepakat dengan abang tau. Hehe.”

“Hahh, Nana?!” Sekali lagi Zuyyin terlopong. Tak guna punya kawan! Sejak mula dia dah tahu. Geram rasa hatinya.

“Tapi Zuyyin janganlah marah Nana pulak ya? Abang yang paksa dia.” Hati Zuyyin kembali sejuk.

Tangan Zuyyin dicapai lagi dan digenggam erat. Tiba-tiba hati Zuyyin merasakan sesuatu. Suatu perasaan yang tidak pernah dia rasakan pada mana-mana lelaki. Cintakah ini?

“Abang buat semua ni sebab abang tak nak bercinta sebelum nikah. Abang nak miliki Zuyyin dengan cara yang halal. Abang tak nak usik hati Zuyyin sebelum Zuyyin menjadi milik abang yang sah. I love you, sayang.”

Hati Zuyyin berdegup kencang. Hatinya terasa berbunga-bunga. Dia suka mendengar ungkapan itu.

“Err…Zuyyin pun sayang abang.”
Zuyyin bersuara perlahan. Dia terus menekup mukanya dengan bantal. Malu!

Ridzuan tergelak kuat. Tiada perasaan lain yang bersarang di hatinya saat ini selain perasaan bahagia yang teramat sangat. Terima kasih, ya Allah dengan segala nikmatMu. Terima kasih kerana mengabulkan doaku dengan menjadikan mahabbah pertamaku halal buatku. Biarlah ia turut menjadi mahabbah terakhirku juga. Aamiin...

(TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience