Bab 7

Romance Completed 6164

Cincin pertunangannya tersarung kemas di jari manisnya. Baru sebentar tadi majlis pertunangannya berlangsung.

‘Siapa dia?’ Hati Zuyyin berbisik sendiri. Itulah, bila ibunya mahu menunjukkan gambar tunangnya tak mahu tengok. Tanda protes konon. Tengok sekarang…buat serabut kepala otak saja.

Tunangnya pun satu, sepatutnya dia kena ada dekat majlis ini. Boleh pulak dia dia tak hadir. Ada hallah konon. Hari pertunangan sendiri pun tak bagi komitmen.

“Zuyyin, cantiklah cincin ni. Pandai tunang kau pilih eh? Mesti dia handsome kan..?” Nana mengusik. Zuyyin menjeling tajam tanda tidak menyukainya.

“Entah. Macam tak bertunang aje. Tunang entah ke mana?” Zuyyin mendengus geram.

“Sabarlah. Mungkin betul kot tunang kau ada hal yang perlu diselesaikan. Kan mama dia sendiri yang bagi tahu.” Nana menenangkan Zuyyin.

“Aku rasa macam cepat sangatlah. Bulan depan kahwin. Masa tu baru je habis praktikal. Tak boleh tunggu aku konvo dulu. Ibu dengan ayah aku ikut je. Pening aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience