Bab 3

Romance Completed 6164

Ridzuan keluar daripada tandas selepas beberapa minit. Zuyyin terkejut kerana hampir terlanggar Ridzuan yang baru keluar daripada tandas. Dia tersenyum dan tertunduk malu dengan tingkahnya sendiri. Ridzuan masih lagi tercegat di hadapan pintu tandas kerana masih lagi terkejut dengan kehadiran Zuyyin secara tiba-tiba.

“Err…nak masuk…”

Zuyyin menuding jari telunjuknya ke arah tandas membuatkan Ridzuan cepat-cepat beralih posisi membenarkan Zuyyin untuk masuk. Ridzuan berkira-kira ingin beredar ke tempat kawan-kawannya belajar tetapi kakinya tiba-tiba terhenti seperti menyedari sesuatu.

‘Handphone aku tertinggal kat dalam toilet pulak. Aduhh, tunggulah kejap.’

Beberapa minit kemudian Zuyyin keluar daripada tandas dan sekali lagi dia terkejut kerana hampir terlanggar dengan Ridzuan yang menunggu di depan pintu tandas. Zuyyin mengurut dadanya ingin meredakan rasa terkejut.

“Maaf takutkan Zuyyin. Saya nak ambil handphone saya tertinggal kat dalam.”

Ridzuan menuding jarinya ke dalam tandas sambil tersenyum serba salah.

“Ohh..”

Zuyyin mengangguk lalu terus melangkah meninggalkan Ridzuan. Baru sahaja beberapa langkah, tiba-tiba…

“Arghhh…aduhh!”

Zuyyin sudah terjelepuk di atas lantai sambil memegang pinggangnya yang sakit kerana jatuh akibat lantai yang licin. Dahinya berkerut menahan sakit. Ridzuan menghampiri Zuyyin cuba untuk membantu, namun dia merasa serba salah ingin membantu Zuyyin bangun atau tidak. Lagi pula, Zuyyin seorang perempuan yang bukan muhrim dengannya. Dia telah diajar sejak kecil lagi mengenai hukum itu.

Tiba-tiba Zairi muncul dan terus menghampiri Zuyyin yang sedang menggosok pinggannya. Ridzuan lega. Zairi baru sahaja ingin membantu Zuyyin bangun tetapi Zuyyin terlebih dahulu bangun dengan memegang kerusi meja makan di ruangan dapur tersebut.

“Tak pe. Achik boleh jalan sendiri.” Zuyyin terus berlalu sambil memegang pinggangnya.

Zairi dan Ridzuan terkebil-kebil memandang Zuyyin yang sedang berjalan sehingga menghilang masuk ke biliknya. Zairi dan Ridzuan terus ketawa geli hati melihat tingkah Zuyyin.

“Lucu la adik kau ni. Mesti sakit kan..?” Ridzuan cuba menahan daripada tergelak besar. Takut juga kalau Zuyyin mendengarnya nanti.

“Maaflah, adik aku tu kelam kabut sikit kalau dia malu.” Zairi ketawa geli hati.

‘Achik…Achik.’ Sempat hati Zairi berbisik.

Hati Ridzuan sedikit tercuit dengan tingkah Zuyyin. Tambahan pula wajah Zuyyin comel pada pandangan matanya. Wajah innocent. Macam kucing gitu. Tiba-tiba hatinya berdebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience