Bab 5

Romance Completed 6164

10 TAHUN KEMUDIAN.

“Zuyyin…Zuyyin! Bangunlah. Dah lewat la wei. Pukul 7 dah ni.”

Nana menggoncang tubuh Zuyyin yang berselimut sampai ke kepala. Namun tubuh itu masih tidak bergerak. Nana hairan. Biasanya Zuyyin yang akan bangun dulu untuk menunaikan solat Subuh sebelum dia. Tapi tidak untuk kali ini. Dia cuba menggoncang tubuh Zuyyin sekali lagi. Masih sama. Tidak bergerak. Pelik ni.

Nana terus menekapkan belakang tangannya pada dahi Zuyyin. Panasnya! Demam agaknya. Telefon bimbit miliknya dicapai dan tangannya laju menekan skrin telefon lalu diletakkan di telinga kanannya.

“Abang Zairi…”

…...........

“Along…kat mana ni?”

Zairi terus menghampiri Zuyyin yang terbaring dan sedang memicit kepalanya yang masih pening. Dia menggosok kepala Zuyyin perlahan.

“Kat hospital. Achik demam. Tadi Nana yang call Along.”

Mendengarkan nama Nana, mata Zuyyin melilau mencari kelibat Nana. Zairi seperti mengerti.

“Nana dah pergi kerja. Dia akan bagi tahu bos yang Achik demam ambil MC tiga hari.” Zairi menjelaskan.

“Hahh, apa? Dah pergi? Jadi Achik dah lewat lah ni. Habislah markah praktikum Achik. Macam mana ni..?" Zuyyin berkira-kira untuk bangun. Tudungnya dicapai dan disarungkan ke kepalanya.

“Isy, Achik ni. Demam-demam pun boleh lagi fikir pasal ni. Biarlah dulu. Nanti bos Achik fahamlah yang Achik ni sakit tak boleh kerja.” Zairi menahan Zuyyin daripada bangun.

“Tak. Bos Achik tu lain sikit. Dia takkan faham.”

Zuyyin seperti mahu menangis. Dia sudah terbayangkan markah praktikumnya dipotong. Dia dan Nana praktikum di tampat yang sama walaupun berlainan tempat belajar kerana bimbang berada jauh dengan keluarga kecuali Zairi yang bekerja di kawasan yang sama.

Disebabkan jauh daripada rumah, dia dan Nana terpaksa menyewa rumah yang berdekatan. Bukan tidak mahu menjalani praktikum dekat dengan rumah, tetapi dia ingin berdikari. Begitu juga dengan Nana. Namun, malangnya mereka mendapat penyelia yang suka membuli. Cerewet pula tu. Maklumlah, penyelianya itu wanita janda.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan seorang doktor lelaki muda menghampiri mereka sambil tersenyum. Zairi terus bersalaman dengan doktor tersebut. Jantung Zuyyin berdegup kencang. Dia…

“Zuyyin dah rasa ok ke?” Ridzuan memandang Zuyyin yang kebingungan. Zairi seperti memahami apa yang berlegar di fikiran Zuyyin.

“Ridzuan ni doktor kat hospital ni. Baru je satahun. Dia lah yang merawat Achik”

Zuyyin memandang Ridzuan yang sedang tersenyum manis. Patutlah abangnya membawa dia ke hospital ini, rupa-rupanya ada kawan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience