BAB 4

Family Completed 574

Enam bulan kemudian

Dengan tiba-tiba perniagaan yang Abi jalankan semakin merosot. Semakin hari perniagaan Abi semakin merosot. Di awalnya Abi tidak menceritakan kemerosotan itu pada Umi dan kami anak-anaknya kerana Abi ingat masalah ini tidak berlarutan.

Akhirnya bila perniagaan Abi semakin meruncing, pada hujung minggu ni, disaat kami sekeluarga berkumpul, Abi menceritakan segala masalah perniagaannya pada kami semua. Kami semua terkejut mendengar cerita Abi. Kami tidak sangka Abi sanggup menyorokkan perkara ini dari pengetahuan kami.

Sedang masing-masing terfikir-fikir masalah yang melanda perniagaan Abi, Babysweet menghulurkan sekeping kertas pada aku.

“ Mulai sekarang Umi kena handle perbelanjaan keluarga.
Simpanan yang ada jangan guna jika tiada sebarang
kepentingan.”

“ Along, tangguhkan dulu perkahwinan Along. Tolong
keluarga kita dulu ye. Along, Angah dan Alang tolong
bantu duit perbelanjaan keluarga ye.”

“ Acik dan Sweet belajar je seperti biasa. Ini je cadangan
yang mampu Babysweet bagi.”

Aku membaca ayat-ayat yang tertera diatas kertas tersebut.

“ Umi dan Abi tak nak menyusahkan Along, Angah dan Alang. Biarlah Umi dan Abi fikirkan apa yang perlu kami lakukan,” Umi bersuara dan Abi sekadar menganggukkan kepala.

“ Umi, Abi, Along setuju dengan cadangan Babysweet tu. Along sanggup tangguhkan perkahwinan Along. Along mungkin tak dapat balas jasa Umi dan Abi tapi bagilah Along peluang untuk bantu Umi dan Abi ye,” Along bersuara.

“ Yela Umi, Abi, Angah pun sanggup bantu Umi dan Abi walaupun gaji Angah tidaklah sebesar mana. Tapi insyaallah Angah boleh bantu Umi, Abi dan adik-adik yang masih sekolah,” Angah juga menyatakan kesanggupannya untuk bantu meringankan beban Umi dan Abi.

“ Alang pun sanggup," Alang juga menyatakan persetujuannya. Kami sekeluarga berpelukan.

“ Terima kasih wahai anak-anak Umi dan Abi. Semoga Allah terus memberkati hidup semua anak-anak Umi dan Abi,” luah Umi dalam esak tangisnya kerana terharu dengan pengorbanan anak-anaknya.

“ Terima kasih Ya Allah, mengurniakan aku anak-anak yang cukup menyenangkan aku dan suamiku Ya Allah,” di dalam hati Umi memanjatkan syukur ke hadrat ilahi.

Dua minggu setelah Abi menceritakan masalah perniagaannya, perniagaan Abi terus merosot dan jatuh menjunam. Abi terpaksa menutup perniagaan yang dijalankan dan segala aset perniagaan, Abi terpaksa jual dengan harga yang sangat rendah. Walaupun rugi, Abi tidak boleh berbuat apa-apa.

Abi menangis melihat perniagaan yang dijalankan selama 8 tahun akhirnya terpaksa ditutup. Seumur hidup Abi, belum pernah Abi jatuh sampai macam ni. Tapi Abi redha menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.

Abi terpaksa turun naik bank untuk memohon penangguhan bayaran segala hutang-piutang bank selama setahun.

Di awalnya, pihak bank tidak mahu meluluskan kerana tempoh penangguhan yang Abi mohon terlalu lama. Tapi Abi tetap terus merayu dan akhirnya pihak bank bersetuju meluluskan permohonan Abi setelah meneliti komitmen Abi membayar ansuran bulanan sebelum Abi kejatuhan. Abi memanjatkan kesyukuran setelah permohonannya berjaya.

Along, Angah dan Alang menjalankan peranan mereka membantu Umi dan Abi serta aku dan Acik yang masih bersekolah.

Walaupun Abi di uji dengan ujian seberat ini, Abi tidak pernah berputus asa untuk bangkit kembali. Dia tidak mahu terus menyusahkan anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience