BAB 9

Family Completed 574

Setelah lapan bulan perniagaan Pakcik Amir beroperasi, perniagaannya mula merosot sehinggakan Pakcik Amir tidak mampu bayar gaji Abi dan dua orang pekerja lain.

“ Aku rasa perniagaan aku ni terpaksa ditutup. Dah tak mampu lagi menanggung segala kos perbelanjaan termasuk bayar sewa kedai dan gaji korang semua,” dengan berat hatinya, Pakcik Amir terpaksa berterus terang.

“ Sayanglah kalau perniagaan ni ditutup. Tak de jalan lain lagi ke Mir,” Abi bertanya. Pakcik Amir hanya menggelengkan kepala. Abi mula resah, bingung memikirkan masalah yang melanda ni. Abi bakal kehilangan kerja dan pendapatan.

Masalah ini sampai ke pengrtahuan abang Norisam. Dalam diam, dia jumpa Pakcik Amir dan membeli perniagaan Pakcik Amir. Abang Norisam menyerahkan perniagaan itu pada Abi.

Pada mulanya Abi keberatan untuk menerima pemberian bakal menantunya itu. Tapi setelah abang Norisam mencadangkan Abi bayar sedikit-sedikit segala modal yang dilaburkannya, barulah Abi bersetuju.

Sejak Abi mengambil alih perniagaan tersebut, perniagaan tersebut terus meningkat maju. Peningkatan yang sangat ketara dan berterusan. Alang membantu Abi bagi memajukan perniagaan frozen ini. Alang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk membantu Abi.

Setelah hamper enam bulan Abi mengambil alih perniagaan Pakcik Amir, Abi membawa Umi dan Babysweet menunaikan ibadah umrah selama 14 hari dengan penerbangan Pakistan Airlines.

Sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah, perniagaan diuruskan sepenuhnya oleh Alang beserta dua orang pekerja.

Angah pula mengambil cuti untuk menjaga dan menguruskan persekolahan aku. Sepanjang ketiadaan mereka, semuanya berjalan lancar. Cuma aku agak sedih sedikit, kerana selama ini aku belum pernah berjauhan dengan mereka.

Setiap hari aku menghubungi Abi dan Umi. Abi sihat-sihat sahaja. Cuma Umi batuk-batuk, mungkin disebabkan perubahan cuaca. Babysweet pula pengsan pada hari pertama jejakkan kata dikota Mekah. Tapi syukur Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Klia, Sepang,…
Setelah 14 hari menunaikan ibadah umrah, Abi, Umi dan Babysweet pulang ke Malaysia.

“ Babysweet, say hai pada semua orang,” Abi menyuruh Babysweet bercakap. Kami semua ketawa bila dengar Abi cakap begitu, sebab kami ingat ianya hanya gurauan setelah lama tidak berjumpa.

“ Assalamualaikum semua. Apa kabo? Nama saya Babysweet,” Babysweet bersuara. Kami semua melopong mendengarnya. Orang-orang yang berhampiran kami juga terkejut mendengarnya. Ramai yang ambil kesempatan bergambar dengan Babysweet.

Rupanya ketika diMekah, setelah Babysweet tersedar dari pengsan , dia terus boleh bercakap. Dimekah, Babysweet sangat terkenal dan seperti biasa, ramai yang ingin membelinya. Tapi Abi menolak permintaan mereka dengan baik. Malahan mereka bertiga sentiasa mendapat layanan yang baik dari semua pihak.

Abi rehat hampir dua minggu setelah pulang dari umrah. Angah pula sudah memulakan kerja seperti biasa. Selepas rehat selama dua minggu, Abi kembali menguruskan semula perniagaannya.

Kini perniagaan Abi semakin maju. Dengan izin Allah, resepi yang diberi Babysweet, kini Abi mempunyai produk frozen jenama sendiri atas nama “MIKAIL ENTERPRISE”. Diperingkat awal membina jenama sendiri, Abi kilangkan produk dikilang milik bumiputera. Abi belum mampu membina kilang sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience