BAB 1

Family Completed 574

" Tadahlah tanganmu wahai anak kecil",.. Aku Merasa hairan dengan permintaan itu, tetapi aku tetap juga mengikut arahan dari suara tersebut,. Apabila aku tadah tangan, tiba-tiba satu pancaran cahaya yang sangat terang terpancar dari tanganku hingga menyilaukan mataku,.. aku terpaksa pejamkan mata kerana tidak tahan dengan silauan cahaya itu,..

"Jagalah baik- baik cahaya berharga ini. Jangan sia-siakan". Aku terus terjaga dari tidur,.. "Oh aku mimpi rupanya. Tapi kenapa aKu rasa mimpi itu macam satu realiti? Tapi suara siapakah dalam mimpiku tadi. Hanya mendengar suara tanpa bayangan orang?" Aku bermonolog dalam hati,. "Mungkin semua ini sekadar mimpi. Ah! Biarkanlah, mimpi hanya mainan tidur je", aku bermonolog lagi,..

Aku dilahirkan dikalangan keluarga yang sederhana, beriman, suka membantu orang. Semua ahli keluarga dan kawan-kawan aku memanggil aku sweet,. Mungkin aku sangat sweet tu yang semua orang panggil aku Sweet Hehehe,.. Aku berumur 12 tahun dan aKu anak kelima dari lima adik-beradik, maknanya anak bongsulah hehehe,. Aku mempunyai dua orang kakak dan dua orang abang.. Along(Aizat), Angah(Aqilah), Alang( Syam) dan Acik(Lyn). Aku kini sedang cuti dan menunggu keputusan peperiksaa UPSR,.

Selepas mimpi tersebut datang, aku menjalani kehidupan seperti biasa dan langsung tidak mengingati tentang mimpi tersebut. Setelah dua bulan mimpi tersebut berlalu, sedang aku asyik bermain basikal bersama kawan-kawanku, ditaman permainan berhampiran taman perumahan yang aku sekeluarga diami, aku ternampak seekor kucing yang basah lencun seperti disiram dengan air longkang. Aku mengajak kawan-kawanku mendekati kucing tersebut. Dan ternyata bau kucing tersebut sangat busuk,.

" Ini pasti kerja manusia yang tidak berperikemanusiaan menyiram anak kucing ini dengan air longkang! Kucingkan binatang kesayangan nabi, tapi kenapa manusia ni tak reti nak sayang kucing ye?" Aku meluahkan kegeramanku pada kawan-kawanku.

" Aahlah, kesian kucing ni, disiram sampai basah macam ni. Ermm apa kata ko ambil kucing ni dan bawa balik. Ko mandikan dia kemudian ko bela, boleh wat kawan. Nanti kami datanglah rumah ko main dengan kucing ni. Amacam. ok tak cadangan aku?" Kata Boy salah seorang dari empat orang kawan aku.

Aku berfikir seketika. " Ermmm aku rasa macam best je cadangan Boy ni. Sekurang-kurangnya aku ada gak kawan kat rumah. Aku pasti Umi dan Abi tak kisah, sebab diaorang penyayang dan suka kucing walau kami tak pernah bela kucing," Aku bermonolog dengan diriku sendiri.

" Wei, ko nak ke tak bawa balik kucing ni dan bela dia?" Kata-kata girl ni menyedarkan kembali aku. Aku dengan tersengih-sengihnya menjawab, "oklah aku setuju dengan cadangan korang. Aku rasa Umi dan Abi aku tak kisah kot kalau aku nak bela kucing ni,". Aku beruntung kerana keempat-empat kawan aku baik dan penyayang cuma ibubapa mereka tidak sporting macam ibubapaku, sebab itu mereka suruh aku sahaja yang bela kucing tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience