BAB 5

Family Completed 574

“Assalamualaikum,” sedang leka Abi membaca surat khabar, Abi terdengar orang memberi salam. Abi terus melipat surat khabar dan terus berjalan menuju ke pintu pagar.

“ Waalaikummussalam. Encik cari siapa ye?” Abi menjawab salam dan terus mengajukan soalan bila melihat lelaki dipagar tersebut bukan orang yang dikenalinya dan dilihat dari raut wajahnya, hampir seusia dengan Abi.

“ Ini rumah Encik Mikail ke?” Tanya lelaki tersebut.

“ Ye, sayalah Mikail,” jawab Abi. Nama penuh Abi Mohd Mikail dan nama Umi pula Puteri Amani.

“ Saya Daniel, saya datang ni ada hajat sikit dengan Encik Mikail ni,” terang lelaki tersebut a.k.a Encik Daniel.

“ Jemputlah duduk,” Abi menjemput Encik Daniel duduk setelah berada di dalam rumah. Sejurus itu, Abi terus ke dapur,” Umi tolong buatkan air ye, kita ada tetamu ni,” Abi bersuara pada Umi.

“ Baiklah Abi, kejap lagi Umi hantar ke depan ye,” jawab Umi, dan Abi terus berlalu pergi ke ruang tamu.

“ Ermmm boleh saya tahu Encik Daniel ni datang dari mana ye?” Abi memulakan perbicaraan setelah melabuhkan punggung disofa berhadapan Encik Daniel.

“ Tak perlulah berencik-encik dengan saya. Panggil je saya Daniel. Saya dari Kampung Rimau. Tak jauh dari kawasan perumahan ni,” jawab Encik Daniel.

“ Boleh saya tahu apa hajat nak berjumpa dengan saya?” Tanya Abi lagi.

“ Ermmm betul ke Encik Mikail ni ada memelihara seekor kucing yang pandai menulis?” Encik Daniel menjawab soalan Abi dengan pertanyaan.

Abi senyap seketika sambil melayan perasaan. Bila orang datang rumah kami dan bertanya tentang Babysweet, Abi sudah tahu apa hajat sebenar orang tu datang. Encik Daniel bukanlah orang pertama yang datang bertanya tentang Babysweet. Abi sampai naik penat nak layan orang yang datang bertanya tentang Babysweet. Tapi Abi tetap melayan semua orang yang datang dengan baik.

“ Jemput minum Encik,” kata Umi sambil melabuhkan punggungnya disebelah Abi. Abi tersedar dari lamunannya apabila Umi menyentuh Abi.

“ Maaf ye. Memang betul saya ada memelihara kucing yang pandai menulis. Jika Daniel berhasrat untuk membeli kucing tersebut, saya minta maaf banyak-banyak, saya tidak akan menjualnya. Sudah ramai datang bertanya untuk membeli kucing tersebut, tapi saya tidak akan menjualnya pada sesiapapun. Maafkan saya ye. Pada saya kehadiran kucing ni satu anugerah dari Allah buat kami sekeluarga,” terang Abi dengan berhemah sekali.

“ Saya sanggup bayar berapa sahaja yang Mikail nak. Lagipun Mikail perlukan duit sekarang ni kan. Dengan duit yang saya berikan nanti, insyaallah Mikail boleh gunakan untuk membuka perniagaan baru,” tawar Encik Daniel pada Abi.

“ Terima kasih atas tawaran Daniel tu. Saya tetap dengan pendirian saya, saya tidak akan jual kucing itu,” Abi masih cuba menolak tawaran Encik Daniel dengan baik.

“ Mikail!! Ko jangan kesal tak jual kucing tu pada aku!! Jangan nanti ko terhegeh-hegeh pula datang cari aku untuk jual kucing tu. Sedarlah sikit, sejak kucing tu hadir dalam hidup ko sekeluarga, perniagaan ko terus jatuh menjunam!! Bukalah mata ko tu sikit!!” Encik Daniel berkata dengan kasar dan terus berlalu pergi tanpa menjamah air yang Umi hidangkan.

Abi terkejut dengan kata-kata Encik Daniel tadi. Hati Abi dipagut pilu mendengar kata-kata Encik Daniel tadi.

“ Sabarlah Abi, semua ni ujian dari Allah. Pasti ada hikmah disebalik segala ujian ni,” Umi memujuk Abi sambil memeluk Abi.

Aku, Along, Angah, Alang dan Acik datang pada Umi dan Abi setelah melihat adegan tadi hanya didapur.

“ Sabarlah Abi, insyaallah semua ujian ni akan berlalu pergi,” kata Along. Semua yang mendengar hanya mengangguk sahaja.

“ Time kasih kerana menyayangi saya dan tidak menjual
saya. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian
sekeluarga.”

Aku membaca kertas yang Babysweet hulurkan pada aku. Aku memandang Babysweet, dan aku terkejut bila melihat dimata Babysweet mengalir airmata seperti airmata manusia.

Aku terus mengangkat dan memeluk Babysweet seraya berkata,” Insyaallah, selagi kami mampu, kami akan jaga kamu Babysweet. Kami semua sayang kamu dan tidak akan jual kamu. Duit bukan segala-galanya bagi kami,” terangku sambil airmataku mengalir dengan laju. Semua yang ada disitu bergili-gilir mengambil Babysweet dan memeluknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience