BAB 2

Family Completed 574

Tiba dirumah.
" Sweet beli apa ni sayang," tanya Umi sebaik sahaja aku menyerahkan beg plastik warna hitam pada Umi.

Sebaik sahaja Umi membuka plastik tersebut, " Astagfirullahhalazimmmmm,. Kenapa Sweet wat kucing ni macam ni? Umi tak pernah ajar anak-anak Umi jadi jahat macam ni tau. Sedihnya Umi bila anak Umi sanggup buat kucing ni macam ni!" Marah Umi sambil menitiskan airmata.

Umi mengeluarkan kucing tersebut dari plastik hitam yang berada ditangannya itu. Umi sedih melihat keadaan kucing tersebut. Umi merenung muka aku yang masih tersengih-sengih. Melihatkan wajahku itu, Umi semakin geram.

Perlahan-lahan aku merapati Umi dan memeluk Umi sambil berkata " Memang Umi tak pernah ajar Sweet menyiksa binatang atau melakukan kezaliman pada manusia mahupun binatang. Dan sweet sentiasa ingat pesan Umi dan Abi agar berlaku baik pada semua orang dan juga binatang. Itulah yang sweet lakukan Umi. Sebenarnya Sweet jumpa kucing ni ditaman sana ketika Sweet bersama Boy, Girl, Berry dan Choc main basikal tadi. Kami kesian melihat kucing ni dan Boy cadangkan Sweet bawa balik bersihkan dia dan bela dia. Sweet fikir Umi dan Abi pasti tak kisah sebab tu Sweet bawa balik. Sweet bawa basikal, so tak leh nak pegang kucing ni, tu yang Sweet masukkan dalam beg plastik ni. Sweet dah siap bocorkan kecil-kecil kat plastik ni agar dia dapat bernafas." Terangku panjang lebar.

" Maafkan Umi ye sayang. Salah sangka pada kamu," kata Umi sambil terus mendakap aku dengan erat. " Syukur Ya Allah, anak yang aku pelihara melakukan kebaikan hari ini," Umi memanjatkan kesyukuran.

" Umi jangan nangis lagi ye," aku bersuara sambil mengesat airmata Umi dan disaksikan kucing tadi.

" Oklah, Sweet pergi mandikan kucing ni, shampoo bersih-bersih, lepas tu lap badan dia dengan tuala ye sayang. Lap betul-betul jangan sampai basah pula rumah kita ni nanti," arah Umi.

" Baik bos! Arahan diterima!" jawabku sambil memberi satu ciuman di pipi Umi.

" Yeee yeee Abi balik! Abi balik! " jeritku sambil berlari menuju ke pintu dan membukakan pintu untuk Abi. Abi menjalankan perniagaan Bundles Toys dan telah beroperasi selama 3 tahun. Umi pula surirumah sepenuh masa. Abi memulakan perniagaan seawal jam 9.00 pagi dan akan pulang pada jam 9.00 malam. Dan biasanya Abi akan sampai rumah pada jam 9.30 malam.

Setelah bersalaman dengan Abi," Abi, jom masuk bilik Sweet jap. Ada supprise Sweet nak tunjukkan kat Abi. Jomlah Abi," aku merengek sambil menarik-narik tangan Abi.

" Abi penat tu Sweet, bagilah Abi rehat dulu. Kesian Abi," nasihat Umi.

" Tak pelah Umi, Abi tunaikan permintaan Sweet kejap ye," jawab Abi sambil mencium pipi Umi. Umi hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Abi yang suka melayan kerenah manja aku.

" Ok sekarang Abi pejam mata dulu ye. Sweet pimpin Abi ke bilik Sweet," arahku. Dan Abi hanya menurut sahaja. Apabila sampai dibilik, aku mendudukkan Abi dibirai katil dan aku mengambil kucing yang aku letakkan di dalam bakul tepi meja belajarku.

" Ok sekarang Abi boleh buka mata," arahku.

" Comelnya kucing ni, mata coklat, bulu lebat dan kembang lak tu. Warna bulu dia pun cantik, putih kebiru-biruan. Mana Sweet dapat kucing secomel ni? Abi sukalah sayang. Meh Abi pegang," pinta Abi.

" Sweet jumpa kat taman tadi so Sweet ambil bawa balik dan namakan dia Babysweet," terang aku sambil menyerahkan Babysweet pada Abi.

" Apa kata esok kita bawa Babysweet pergi klinik, chek kesihatan dia. Lepas tu, kita belikan sangkar untuk dia," cadang Abi.

"Ok, ok... Time kasih Abi. Saaaaaayang Abi. Kita jaga Babysweet ni sama-sama ye Abi. Kalo abang dan kakak balik, mesti diaorang pun suka Babysweet, kan Abi," aku berkata dengan girangnya.

" Yela sayang," jawab Abi dengan senyuman manis terukir dibibir. Abang-abang dan kakak-kakak aku semuanya tinggal diluar. Mereka semua dah bekerja dan hanya Achik sahaja masih belajar di UUM, Sintok, Kedah. Along, Angah dan Alang hanya kerja kilang. Along sebagai assistent manager dikilang SU, Angah pula sebagai Engineer dikilang SW dan Alang hanya supervisor dikilang SA.

Setiap hujung minggu adalah hari untuk aku sekeluarga berkumpul. Abang-abang dan kakak-kakak aku pasti balik untuk berkumpul bersama-sama. Seluruh ahli keluarga aku suka sangat dengan kehadiran Babysweet. Mereka semua menyayangi dan menjaga Babysweet dengan baik. Kawan-kawan baik aku pasti datang ke rumah aku setiap hari untuk bermain dengan Babysweet.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience