BAB 7

Family Completed 574

11 Bulan kemudian,…

“ Macam mana ni, dah hampir setahun, Abi masih macam ni juga dan tiada perubahan dalam hidup Abi. Minta kerja tak dapat. Nak bisnes semula pun duit tak de. Tempoh penangguhan bayaran hutang pun dah hampir tamat. Abi buntu. Tak tau nak buat macam mana lagi ni,” Abi meluahkan keresahan dihatinya ketika kami sekeluarga minum petang dipondok tepi rumah kami.

“ Abi rasa nak jual rumah ni. Dan sewa rumah lain. Duit jual rumah ni bolehlah buat tampung-tampung perbelanjaan dan persekolahan Sweet dan Acik,” sambung Abi lagi. Kami melopong dengar perancangan Abi tu.

“ Kalau Abi jual rumah ni dan sewa rumah lain, kita tetap mengeluarkan kos sewa rumah dan perbelanjaan kita setiap bulan tak jauh beza pun. Along rasa Abi sabar dulu ye, insyaallah ada jalan penyelesaian yang lebih baik,” Along bersuara.

“ Masa terus berjalan. Tapi Umi dan Abi masih terus menyusahkan anak-anak,” luah Umi.

“ Kami tak rasa susah untuk bantu Umi, Abi dan adik-adik,” jawab Along.

“ Betul tu,” serentak Angah dan Alang menyokong kata-kata Along. Aku dan Acik hanya mendengar sahaja. Umi dan Abi dah tidak boleh kata apa dan hanya mampu menurut sahaja pandangan Along kerana masing-masing tidak nampak jalan yang lebih baik.

Keesokan harinya,…

“ Kau buat apa sekarang ni Mikail?” Tanya Pakcik Amir seorang sahabat lama Abi yang datang berkunjung ke rumah aku.

“ Aku macam nilah, duk rumah je. Dah puas cari kerja tapi tak dapat-dapat pun.Anak-anak yang banyak tanggung perbelanjaan keluarga. Aku malu dengan anak-anak aku,” luah Abi.

“ Aku sebenarnya dalam perancangan nak buka bisnes baru. Kedai dah ada. Sekarang dalam proses masukkan barang-barang. Masalah aku sekarang, tak de orang yang boleh handlekan bisnes aku ni. Kalo kau tak keberatan, bolehlah kau tolong aku,”

“ Oh ye ke,.. Kau nak niaga apa?” Tanya Abi.

“ Jual barang-barang frozen. Buat permulaan ni buat kecil-kecilan je dulu. Kalau sambutan menggalakkan nanti, insyaallah akan dibesarkan lagi bisnes ni,” terang Pakcik Amir.

“ Macam menarik je peluang ni. Nanti aku bincang dengan isteri dan anak-anak aku dulu ye,” Abi memberi jawapan dengan senyum lebar.

“ Jangan fikir lama-lama sangat ye,” pesan Pakcik Amir.

“ Insyaallah,” jawab Abi ringkas.

Setelah Pak Amir pulang, Abi menceritakan pelawaan Pakcik Amir pada Umi, aku dan Acik. Along, angah dan Alang tiada dirumah ketika itu.

“ Umi tak kisah kalau Abi nak terima pelawaan Pakcik Amir tu,” jawab Umi ringkas. Aku dan Acik hanya menganggukkan. Abi pun menghubungi Pakcik Amir dan menyatakan persetujuannya.

Semingu setelah Abi menyatakan persetujuannya, Abi pun mula berkerja di kedai milik Pakcik Amir iaitu “ Amir Frozen”. Abi diamanahkan menjaga segala pengurusan kedai tersebut. Selain Abi, ada dua orang lagi pekerja disitu.

Tiga bulan pertama, perniagaan Pakcik Amir mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Segalanya berjalan lancar. Pakcik Amir benar-benar berpuas hati dengan hasil kerja Abi.

Masuk bulan keenam Abi bekerja dengan Pakcik Amir, Babysweet dilanggar sebuah kereta.

“ Walaupun kucing tu binatang! Tak boleh ke ko elak dari terlanggar dia? Ko ingat, dengan manusia je ke ko kena elak dari terlanggar diaorang???” sambil menangis, aku terjerit-jerit pada pemandu yang yang telah melanggar Babysweet. Bila melihat keadaan Babysweet berlumuran darah bertambah kuat tangisan aku.

Kebetulan ketika kejadian, aku berada ditepi pagar rumah dan aku melihat sendiri bagaimana Babysweet dilanggar. Aku tidak perasan langsung bila masa Babysweet keluar dari pagar rumah, sedar-sedar dia dah kena langar. Babysweet jarang keluar tanpa salah seorang dari ahli keluarga aku.

“ Maaf cik, saya tak sengaja. Tak sempat nak break,” jawab pemandu itu dengan lembut.

“ Tak sengaja! Tak sengaja! Sekarang ko bawa aku ke klinik kucing dan ko mesti tanggung semua kos perubatan. Faham!!” Arah aku.

“ Baiklah,” pemandu tersebut bersetuju. Sebaik aku dan Babysweet masuk dalam keretanya, kereta ferrarinya pun meluncur dengan laju. Di dalam kereta, aku masih terus dengan tangisanku.

“ Ya Allah, selamatkanlah Babysweet. Janganlah kau ambil dia dari aku sekeluarga,” aku berdoa didalam hati.

Sampai sahaja diklinik, aku terus meluru masuk ke bilik doktor.

“ Doktor tolonglah selamatkan Babysweet. Tolonglah doktor,” aku merayu pada Dr Ravi yang biasa merawat Babysweet.

“ Sweet sabar ye, saya akan cuba bantu sedaya upaya saya,” jawab Dr Ravi.

“ Kamu tunggu diluar ye Sweet. Nurse! Bantu saya bagi oksigen pada Babysweet ni,” arah Dr ravi pada pembantunya bila melihat keadaan Babysweet semakin lemah. Pembantunya pun memasangkan alat bantuan pernafasan pada Babysweet.

Aku dan pemandu tadi tunggu diluar. Aku anggarkan umur pemandu itu dalam lingkungan awal 20 an. Dia setia menemaniku dan memperkenalkan namanya sebagai Norisam.

Aku meminjam handphone dia untuk beritahu Umi apa yang berlaku pada Babysweet. Sejam kemudian, Umi datang ke klinik bersama Abi dan Acik.

“ Bagaimana keadaan Babysweet?” Tanya Umi pada aku.

“ Masih dalam bilik rawatan,” jawabku ringkas.

Sedang kami menanti dengan penuh debaran, Dr Ravi keluar dari biliknya. Kami menanti dengan sabar penerangan dari Dr Ravi.

“ Maaf, keadaan Babysweet sangat lemah. Banyak luka dalaman yang dialaminya. Hanya dengan keajaiban sahaja dia akan kembali sedar dari koma dan pulih seperti sediakala.

Aku pengsan mendengar penerangan Dr Ravi.

Berkat doa kami sekeluarga, Babysweet sedar kembali setelah tiga hari koma. Alhamdulillah keadaan babysweet semakin baik.

Seperti permintaanku, abang Norisam menanggung segala kos rawatan Babysweet. Kini Babysweet sudah boleh pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience