BAB 6

Family Completed 574

Sejak kejadian tempoh hari, bila kami sekeluarga keluar dari rumah, kami perasan, pandangan jiran-jiran mahupun peniaga-peniaga disekitar taman perumahan kami lain macam. Kami tertanya-tanya didalam hati, kenapa semua orang lain macam je dengan kami.

Malah jiran-jiran yang selalu bertandang ke rumah kami juga berpaling muka bila terserempak dengan kami sekeluarga. Aku menangis sendirian bila mengenangkan segala yang melanda keluargaku.

“ Sabarlah wahai anak kecil. Ujian ini pasti berlalu. Sentiasalah dekatkan diri pada Allah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah. Jagalah Babysweet dengan baik. Ada hikmahnya kehadiran Babysweet dalam keluarga kamu.” Sebaik kata-kata tersebut berakhir, aku terjaga dari tidurku.

“ Erkkk,.. Aku tertidur rupanya. Tapi kenapa aku macam pernah dengar suara tadi,” aku bermonolog dalam hati. Setelah puas memerah otak cuba mengingatkan suara tadi, akhirnya, “ oh ye, aku pernah dengar suara ini dalam mimpiku sebelum aku bertemu Babysweet. Ohh cahaya yang dimaksudkan tu Babysweet rupa-rupanya. Aku ingat mainan tidur je. Insyaallah aku sekeluarga akan jaga Babysweet dengan baik,” aku bercakap dengan diriku sambil berjanji. Mimpi-mimpi yang hadir dalam tidurku, aku tidak pernah cerita pada sesiapapun.

“ Mikail, sini kejap,” Pakcik Leman pemilik warong berhampiran rumah aku memanggil Abi yang kebetulan lalu dekat warong dia.

“ Ada apa abang Leman?” Tanya Abi bila Abi betul-betul berada didepan Pakcik Leman. Pakcik Leman ni lebih tua daripada Abi sebab tu Abi panggil abang.

“ Aku cakap ni ko jangan marah ye. Aku Cuma nak kepastian je,” Pakcik Leman bersuara.

“ Lain macam je cara abang Leman cakap ni. Ada kes berat ke?” Abi cuba bertanya.

“ Macam gini, betul ke aku dengar cerita, kucing yang ko bela tu ada jin? Dah heboh satu kampong ni pasal ko bela kucing yang ada jin ni,” terang Pakcik Leman dengan berhati-hati.

“ Astagfirullahalazimmmm,” Abi beristigfar mendengar pertanyaan Pakcik Leman. “ Kalaulah kucing tu ada jin, takkanlah perniagaan saya boleh tutup? Kan saya boleh minta tolong dengan jin tu je untuk buat saya sekeluarga kaya-raya. Anak-anak saya pun tak payah susah payah bantu saya sara kami sekeluarga dalam keadaan saya yang masih tak de keje ni. Memang pada logik akal, mustahil kucing boleh menulis. Tapi tidak mustahil kalau Allah nak buktikan kekuasaannya pada kita. Saya sekeluarga anggap kehadiran kucing ni sebagai anugerah. Patutlah sejak akhir-akhir ni kami sekeluarga perasan, pandangan orang-orang disini pada kami sekeluarga lain macam je,” Abi menjelaskan dengan panjang lebar.

“ Maaflah, saya sekadar bertanya dan nak dapatkan kepastian je,” luah Pakcik Leman.

“ Tak pelah bang, saya maafkan. Oh ye, dari mana semua orang dengar cerita karut ni?” Tanya Abi untuk mendapatkan kepastian bagaimana cerita karut ni tersebar.

“ Dari orang kampung sebelah, Kampung Rimau,” jelas Pakcik Leman.

“ Dari kampong sebelah? Tak sangka saya sampai begini jadinya bila saya tak bersetuju jual kucing tu,” luah Abi.

“ Sabarlah Mikail, insyaallah ada hikmah atas apa yang berlaku ni,” Pakcik Leman nasihat Abi.

“ Time kasih ye bang, bagitau saya semua ni. Saya minta diri dulu,” Abi berkata dan terus berlalu pergi.

Kami sekeluarga terperanjat mendengar cerita Abi tentang segala pertanyaan Pakcik Leman tu. Tapi kami tetap bersabar berhadapan dengan semua ini. Kami kuat kerana kami sekeluarga bersatu dan kasih sayang antara satu sama lain membuatkan kami lebih tabah berhadapan dengan segala macam ujian yang hadir.

Sejak itu, pandangan dan hubungan penduduk ditaman ini dengan kami sekeluarga beransur pulih. Kami sekeluarga lega dengan perubahan ini walaupun masih ada insan yang pandang serong pada kami sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience