Episod 6

Short Story Series 390

IZU dan Ain jalan beriringan keluar dari dewan kelas. Q masih di kelas berjumpa dengan pensyarah. Dari jauh, terlihat kelibat Fahmi melambai ke arah mereka. Seperti biasa, Fahmi akan diapit tiga orang kawannya. Izu tidak perasan kerana sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

“Weh! Tu buah hati pengarang jantung kau datang. Siap lambai lagi.”

Izu memandang ke depan. Fahmi sedang tersenyum memandangnya. Cepat-cepat Izu simpan gajet yang dipegang ke dalam beg. Kemudian, dia membalas senyuman Fahmi. Kekok. Kini mereka saling berhadapan. Getaran di dada Izu kian terasa. Sabar. Sabar jantung! Mujur juga kawan-kawan Fahmi terus beredar. Kalau tak, mesti Izu rasa lagi malu. Rasa macam nak larikan diri saja.

“Hai.” Tegur Fahmi.

“Assalamualaikum.” Ucap Izu. Malu-malu.

Fahmi tersengih. “Walaikumsalam. Baru habis kelas ke?”

Serentak Izu dan Ain mengangguk. Fahmi memandang ke kiri dan kanan mencari-cari kelibat Q. Tiada. Malas Fahmi nak bertanya lebih.

“Sekejap lagi saya pula ada kelas.” Tanpa ditanya, Fahmi terlebih dulu beritahu.

“Oh ok. Pergilah cepat masuk kelas. Nanti lambat pula.” Gesa Izu. Sebolehnya dia tak mahu berlama-lama di situ.

Fahmi kaget. “Iya, kejap lagilah. Awal lagi. Lepas ni, awak ada kelas?”

“Ada. Pukul 11pagi nanti.” Balas Izu.

“Oh, setengah jam lagi tu. Sekarang nak pergi mana?”

“Dewan makan.” Ringkas jawapan Izu.

“Oh, oklah. Saya masuk kelas dulu ye.”

Izu hanya mengangguk sambil tersenyum. Terus Fahmi berlalu ke kelas. Ain hanya menggelengkan kepala disebabkan gelagat Izu.

“Macam tu saja kau layan?” soal Ain.

“Aku malulah. Bukan tak nak cakap. Salahkan jantung aku ni ha. Degup laju sangat.”

“Ah, mengadalah kau! Bukan baru semalam kau bercinta dengan dia pun tak biasa lagi ke? Dah seminggu kan.”

“Seminggu tu kau ingat lama ke?” Jeling Izu.

Ain dan Izu ketawa. Terus mereka menapak ke dewan makan. Usai mengambil pesanan air, mereka duduk di meja makan yang kosong sambil menanti Q. Sementara itu, Izu melentukkan kepalanya di meja sambil cuba melelapkan mata. Ain pula melihat skrin telefon pintarnya.

“Izu, kau tak tidur ke malam tadi?” tegur Q secara tiba-tiba.

“Terkejut aku! Kau tak reti nak bagi salam ke?” marah Izu sambil mengangkat kepalanya.

Ain tergelak kuat. “Itulah kau. Malam-malam tak nak tidur. Siang-siang baru sibuk nak tidur.”

“Hello, aku bukan tak nak tidur tapi dah memang tak boleh tidur. Lagipun, aku busy siapkan assignment. Kalau tak siap, kau orang juga yang gelabah!” Izu menjawab. Sambil menjeling, terus kepalanya diletakkan semula ke atas meja. Berbantalkan lengan.

“Hei, bahayalah kalau tidur lambat saja. Cuba-cubalah tidur awal. Latih mata kau tu.” Bebel Ain. Izu menjulingkan matanya. Bebel saja tahu.

"Aku ingat kau tak cukup tidur sebab sibuk berdating dengan pakwe kesayangan kau tu." sindir Q.

Terus tegak kepala Izu memandang Q yang kini duduk di sebelahnya.

"Hei! Mana adalah. Kau perli aku ke apa?”

“Siapa termakan cili, dia yang terasa pedasnya.” Sindirnya lagi.

Izu cuba untuk tidak mengambil serius apa yang Q katakan. Sejak akhir-akhir ni, Q suka sangat nak cari pasal dengan Izu. Tak tahulah kenapa. Izu memejamkan mata, cuba menenangkan perasaan dan sakit kepala yang melanda.

“Ha, Q! Macam mana kau dengan budak yang kau suka tu. Kau tak cerita pun kat kita orang, dah seminggu ni. Apa dia kata? Mesti sekarang kau tengah happy kan?” Tanya Ain. Mujurlah dia cepat menyampuk. Izu, kalau dah macam ni boleh melenting jadinya. Boleh bergaduh dua orang ni.

“Yelah. Ceritalah.” Gesa Izu. Tiba-tiba mengantuknya hilang. Bersemangat nak dengar cerita Q.

“Hmmm… Aku tak sempat nak luahkan, dah kena reject.” Ujarnya lemah.

“Why?” soal Ain dan Izu, serentak.

“Masa aku nak luahkan tu, sebenarnya dia dah berpunya. So, melepaslah. Tak ada jodoh nak buat macam mana, kan.”

“Macam mana kau tahu dia dah berpunya? Awal-awal dah kena reject.” soal Izu, pelik.

“Adalah!”

Sempat Q menjeling Izu. Izu perasan jelingan tu terasa sentap sekejap. Dah kenapa mamat ni. Hm… frust sangat kot.

“Kau tak apalah. Dah happy. Dah ada kesayangan. Aku je yang melepas.”

“Ala, baru jadi boyfriend saja pun. kau kena kuat semangat. Andaikata dia dah clash dengan boyfriend dia tu. Kau masuklah line, apa susah.” Izu memberi cadangan untuknya walaupun tahu cadangannya sangat merapu.

“Banyaklah kau,” Q mencebik.

Ain dan Izu ketawa. Q berpura-pura merajuk.

“Hai semua. Boleh join?”

Tiba-tiba Fahmi datang dan terus duduk berhadapan dengan Q tanpa dipelawa. Sebab depan Izu, dah diduduki oleh Ain. Q mengeluh. Ain terus melayan dirinya dengan telefon pintar.

“Bukan awak ada kelas ke?” soal Izu. Hairan.

Fahmi menggeleng. “Kelas cancel. Semua lecturer rasanya kena pergi meeting.”

Ting! Bunyi Whatsapp dari gajet Q kedengaran.

“Izu, Ain, kelas cancel. Puan Aida ada meeting.”

“Kan dah cakap.” Ujar Fahmi. Banggalah tu.

“Ha, kau joinlah lepak dengan dia orang ni. Aku nak balik. Tidur.” Sampuk Q. keras nadanya.

Izu hanya memandang Q yang sedang bangun dari duduknya dan terus keluar dari dewan makan. Kemudian, Izu dan Fahmi saling berpandangan. Fahmi tersenyum sinis. Izu mula rasa tak seronok dalam situasi ini.

Setiap kali ada Fahmi, Ain dan Q mesti mendiamkan diri. Sekarang pun Ain diam, buat hal sendiri. Semakin lama, Izu rasa macam dah tak bebas. Serius tak seronok. Nak bagitahu Fahmi, Izu tak berani. Risau pula nanti Fahmi ajak keluar berdua. Pernahlah Fahmi mengajaknya keluar dating. Tak mahu aku!

Tiba-tiba Izu teringat ketika mula-mula terima Fahmi sebagai teman lebih dari sekadar kawan, Q dan Ain berpesan supaya jaga-jaga dengan Fahmi.

“Kau kena jaga-jaga dengan Fahmi tu. Kau tak kenal dia lagi. Sebab kau tak duduk dekat asrama ni. Banyak dah cerita tak best pasal si Fahmi tu.” Ujar Ain.

“Aku tak nak nanti kau kecewa. Jangan jadi macam boneka.” Tambah Q.

“Aku rasa dia baik saja. Tak ada pula keluar perangai buruk ke apa. kau orang ni tak baik tahu. Patut doakanlah aku bahagia. Ni… hmm…” keluh Izu.

“Suka hati kaulah. Kita orang bagitahu je.” Ujar Ain.

“Ok. Pandai-pandailah aku jaga diri ya. Don’t worry. Tak adanya nak jadi boneka. Ini Izaralah.” Izu tersengih.

Izu bukan tak nak dengar cakap tapi Izu rasakan sepanjang perkenalan, Fahmi tu tak macam yang orang katakan. Mungkin dia dah berubah. Tapi Izu perasan satu perkara ni, sejak dia mula rapat dengan Fahmi, Izu, Ain dan Q dah tak macam dulu. Dah tak seronok macam dulu sebab setiap kali Fahmi datang lepak sama, Q mesti akan minta diri. Sedih. Macam tadi, Ain dengan handsetnya, Q blah macam tu saja. Kalau tak, ada saja agenda atau aktiviti mereka.

©KaryaSitiNadiahShahron (2020)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience