Episod 9

Short Story Series 390

Q sudah lama pulang bersama Ahmad, selepas Ahmad dan Hana berbicara dari hati ke hati. Urusan mereka biarlah mereka uruskan sendiri. Andai berjodoh, maka tiada apa yang dapat memutuskan takdir dari Ilahi.

Hana akan bermalam di hospital untuk menemani Izu. Ibu dan Ayah juga tidak dibenarkan datang melawat atau menjemput Izu nanti. Semuanya Hana akan uruskan. Sanggup Hana mengambil cuti beberapa hari untuk adiknya.

“Tadi Akak ada sembang dengan Q.” Hana bersuara memecah kesunyian.

“Sembang apa, Kak? Umpat Izu ke?

“Lebih kuranglah.”Hana ketawa kecil. “Hmmm, Q cerita Izu dengan Fahmi dah clash.”

“A’ah. Tak apalah. Setakat putus cinta, apalah sangat. Hati pun memang dah tak ada.”

“Izu ok?”

“Putus cinta tu tak adalah sakit sangat. Cuma sedih sajalah sebab Izu jadi bahan gurauan untuk kawan-kawan dia. Konon pantang dicabar. Dahlah kita ni baru je belajar nak sayangkan dia.”

“Akak ada benda nak bagitahu ni.”

“Pasal Abang Ahmad ke? Ala, Kak. Janganlah buat saspen.”

Izu jadi tak senang duduk di atas katil. Dadanya tiba-tiba berdebar. Hana hanya menjeling.

“Bukanlah! Pasal Q.”

Izu menarik nafas lega. “Aih.. cakaplah awal-awal. Buat saspen sajalah.”

“Dia yang serkap jarang. Cakap orang pula.” Hana menjeling.

“Ok. Ok. So kenapa dengan Q?” Izu tersengih sumbing.

“Kalau Izu nak tahu, sebelum Akak sampai, semua benda Q yang uruskan. Dia yang bawa Izu ke hospital. Uruskan prosedur masuk wad. Masa Izu tak sedar, dialah yang jaga Izu. Masa Akak sampai, Akak nampak dia tengok saja Izu tidur. bila dia tengok Akak datang, dia terus keluar, katanya nak pergi makan, solat. Baikkan Q tu.”

Izu tersenyum malu. Tangannya memintal-mintal selimut. “Malunya. Q tengok Izu tidur.” Izu bersuara perlahan.

“Akak rasa ni bukan first time dia tengok Izu tidur dekat mana-mana. Rasa dah banyak kali ni.”

“Ala. Akak ni. Tak payahlah ungkit. Malulah.”

“Tahu pun malu. Tidurlah lambat lagi.”

Izu menjeling. “Whatever.” Meluat dia dengan sindiran Hana.
“Tapikan, Akak rasa betullah dia sukakan Izu.”

Izu tersenyum malu. “Iye, Kak. Tadi dia dah luahkan perasaan dia kat Izu.” Sebab malu, terus Izu menutup mukanya dengan selimut.

“Seriously?”Soal Hana. Teruja.

Dalam selimut, Izu mengangguk laju. Kemudian dia menampakkan mukanya yang memerah kerana malu.

“Yes. Dia kata dah lama dia suka cuma ego tak nak ngaku. Dia ikut cadangan Izu bagi bunga dekat budak yang dia suka tu. Rasanya budak tu Izulah. Tapi dia tak cakap pun.”

“Tak kisahlah. Yang penting firasat Akak betul. Dia suka Izu.”

Izu mengangguk. Hana pula tak sudah-sudah senyum sampai telinga. Teruja sangat barangkali sebab tekaan dia selama ni betul.

“Tapi, Izu tak bagi keputusan lagi.”

“Kenapa? Izu tak suka dia?”

“Bukan tak suka. Entahlah, Kak.” Keluh Izu.

“Izu takut?”

“Bukanlah, Kak. Bayangkan. Selama ni beraku kau. Tiba-tiba bercinta, bersayang, berkasih masih nak beraku kau ke? Takkan nak tukar panggilan. Eh, geli!” ujar Izu sambil gerak geli geleman.”

“Eleh, geli pun Izu suka dia juga.” Jeling Hana. Izu meletakkan tangan ke bahu.

“Lupa ke? Ahmad tu dengan Akak pun dari mula kawan kat sekolah beraku kau. Sekarang bersaya awak. Ala… bukan susah pun. Tukar saja. Bukan suruh ubah diri pun.” Bebel Hana.

Izu menggeleng keras. “No. No. No.”

“Kesian Q tertunggu-tunggu.”

“Tunggu apa?” soal Izu. Tiba-tiba jadi blur.

“Tunggu jawapanlah!” sergah Hana.

“Biarlah dia tunggu. Siapa suruh dia lambat sangat luahkan isi hati tu!”

“Siapa suruh Izu suka dekat si Fahmi tu?”

Izu terdiam. Betul juga. Kalau dia tak minat pada si Fahmi, mungkin sekarang dia dah bercintan cintun dengan Q. eh, merepek apa ni? Gelilah! Kawan rapat jadi kekasih? Euwww.

“Whateverlah. Izu nak tidur! Night.”

Izu menjadi malu sendiri dengan desus hatinya. Terus ditarik selimut dan berbaring sambil menutup muka. Hana tersengih-sengih dan turut berbaring di kerusi malas yang disediakan khas.

©KaryaSitiNadiahShahron (2020)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience