Somin:
Surat. Surat ini akhirnya datang juga. Hari yang aku takutkan telah tiba. Bagaimana aku akan memberitahu Hyera tentang apa yang berlaku?
“Maa.. Surat apakah itu?” Tanya Hyera kepada aku.
Aku bingung dengan cara aku untuk memberi tahunya lalu aku hanya berkata yang dia perlu kembali ke Seoul untuk berjumpa dengan neneknya.
Aku sedih kerana aku tidak mahu anak kesayangan aku pergi meninggalkan aku tetapi ini sudah menjadi janji aku kepada bapa Hyera dan neneknya.
Dengan itu, aku membuat keputusan untuk memberitahu sejarah pahit aku kepada anak aku yang sudah dewasa ini.
Aku beritahu kamu tentang sejarah pahit aku kepada Hyera. Dua tahun sebelum Hyera dilahirkan, Hyunmin disahkan menghidapi Kanser dan ibunya sangat risau tentang Hyunmin.
Hyunmin perlu dirawat di sini dan disebabkan kami berdua sudah dilamun cinta, Hyunmin telah membawa aku berhijrah ke sini tanpa pengetahuan ibunya.
Hubungan kami pada waktu itu ditentang keras oleh ibu Hyunmin kerana aku hanyalah seorang gadis kampung dan Hyunmin berasal dari keluarga yang berada.
Namun, tidak pernah sekali terlintas di minda aku untuk bersama Hyunmin kerana apa yang dia ada,aku hanya mahu bersamanya kerana cinta yang dia berikan kepada aku.
Oleh itu, kami berdua tidak pernah sesali keputusan kami untuk datang ke America kerana kami mempunyai Hyera, cahaya mata kesayangan kami.
Tetapi, selepas pemergian Hyunmin, ibunya datang melawat Hyera dan memberi aku satu pesanan untuk membawa balik Hyera kepada dia kerana aku telah membuat anaknya meninggalkan dia. Aku terpaksa setuju dengan idea ini kerana aku rasa amat bersalah dengan apa yang berlaku.
Share this novel