BAB 3

Fantasy Completed 3305

Somin:

“Hyera! Kamu sudah bersedia? Mama takut sangat nanti kamu terlepas penerbangan kamu lah ..”

Hyera turun dengan bagasinya. Ah.. aku sangat sedih namun aku terpaksa menyembunyikan raut wajahku kerana aku tidak mahu dia sedih meninggalkan aku.

Hyera:

Aku melihat setiap sudut bilik aku dan rumah aku. Aku turun dengan berat hati kerana aku sangat tidak mahu meninggalkan mama bersendirian di rumah ini.

Akan tetapi, aku terpaksa pergi kerana mama sangat mahu aku kembali ke Seoul untuk berjumpa dengan nenek.

Tambahan lagi, aku telah diterima university di Seoul untuk melanjutkan pelajaran di atas bantuan nenek.

Pada mulanya, aku sangat tidak mahu untuk pergi dari tempat ini, tapi bagi aku, inilah peluang aku belajar untuk mendapatkan ijazah kerana aku sudah memohon banyak university di America ini tetapi tiada satu pun yang aku diterima atau jika ada, harga yurannya sangat mahal untuk aku.

Mama memanggil aku dan aku membawa beg bagasi aku dengan segera. Mama menghantar aku ke lapangan terbang dengan senyuman yang aku tahu menyembunyikan perasaan sedihnya.

Selepas 13 jam berada dalam pesawat, aku kini tiba di tanah Korea.

Tempat kelahiran ibu bapa aku yang aku tidak pernah pergi. Apabila aku keluar dari pintu lapangan terbang, aku terlihat satu wanita yang memegang kertas yang bertulis nama dan tempat aku berasal.

“Kamu.. Kang Hyera?”

Aku mengangguk dengan soalannya.

“Hai, aku Taeyeon, sepupu kamu. Ayuh kita pergi ke rumah kamu cepat”

Kami disambuti dengan kereta mewah dan dengan pemandu kereta sekali. Selepas 30 minit, kami tiba di satu kondominium mewah.

Taeyeon membawa aku ke satu rumah di tingkat 17 dan menunjukkan aku rumah itu.

“ Ini rumah kamu dan kamu akan tinggal di sini. Universiti kamu berada tidak jauh dari sini, tapi ini, Encik Seokjin akan menjadi pemandu kamu.” Taeyeon dengan segera bergegas untuk meninggalkan rumah itu.

“Er.. Taeyeon ? Nenek ada di mana?” Soalanku kepada sepupuku itu.

Taeyeon dengan muka masamnya menjawab “Kamu akan jumpa dia esok. Kamu rehatlah dahulu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience