BAB 5

Fantasy Completed 3305

“Hyera… kamu sudah besar sayang… nenek tahu kamu tidak kenal nenek sangat tapi sekarang nenek sangat perlukan kamu Hyera”

Aku terkelu dengan ayat terakhir itu. Kenapa nenek sangat perlukan aku? Bukankah dia ada ibu bapa Taeyeon lagi? Nenek membawa aku ke bilik makan yang ada di rumah itu. Entah kenapa, walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan nenek dan agak kesal dengannya kerana telah membenci mama, aku rasa senang hati bersama dia.

Aku rasa sejak malam itu, hubungan kami sudah menjadi semakin erat.

Pada keesokkan harinya, aku berkenalan dengan hamper semua staf di rumah nenek dan meluangkan masa bersama Puan Aera iaitu pembantu peribadi nenek.

Melalui perbualan kami, aku mendapat tahu yang nenek merupakan pemilik salah satu syarikat terkenal di Korea iaitu Syarikat Wonder.

Sebenarnya, selepas beberapa hari aku berada di rumah nenek, aku masih tidak percaya tentang kekayaan nenek.

Puan Aera pula memberitahu aku suatu perkara yang masih buat aku terkejut. Nenek mendapat tahu yang bapaTaeyeon iaitu Pakcik Chulmin pernah menyeleweng aset nenek yang ada di syarikat dan juga cuba untuk mengambil alih Syarikat nenek.

Itulah sebabnya nenek mahu aku datang ke korea. Nenek mahu syarikatnya diambil alih oleh anak cucunya sendiri dan bukan Pakcik Chulmin yang sekadar anak adiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience