BAB 10

Fantasy Completed 3305

Sekarang kami telah berada di Lapangan Terbang Incheon. Raut wajah mama sangat gembira setibanya kami di sini.

Aku teringat masa pertama kali aku berada di sini dan di sambut oleh Taeyeon kerana aku tahu perasaan aku dan mama ketika sampai di sini adalah sama.

Apabila kami tiba di rumah nenek, reaksi mama sama seperti aku pada satu masa dahulu. Kami disambut oleh para staf dan Puan Aera. Aku membawa mama untuk berjumpa dengan nenek.

“Hyera? Mama masih belum bersedia untuk berjumpa nenek kamu… Mama takut dia akan masih menolak kedatangan mama…”

Mama kelihatan sangat risau pada waktu ini. Aku segera memeluknya dan memberi semangat kepadanya. Semua ini kerana aku tahu yang nenek sudah bersedia untuk memaafkan mama.

Apabila kami masuk ke bilik nenek, nenek hanya tersenyum biasa bila melihat mama turut berada di bilik ini. Aku segera memeluk nenek dan bertanya khabarnya.

Selepas itu, aku memegang tangan mama dan membawanya dekat dengan nenek. Mama hanya menundukkan kepalanya tetapi nenek memegang tangan mama dan memberitahu mama yang dia sudah memaafkannya.

Mereka berdua mula berbual seperti ibu mertua dan menantu yang biasa di nampak dalam drama.

Bilik nenek dipenuhi dengan senyuman dan gelak ketawa yang aku tidak pernah bayangkan telah berlaku.

Selepas semua ini, aku pergi berehat di ruang tamu dan tiba-tiba, Sangwoo menelefon aku.

“Hyera, boleh kamu tengok jendela di sebelah kanan kamu?”

Aku bingung dengan apa yang berlaku. Rupanya Sangwoo sudah berada di taman dan mahu berkata sesuatu kepada aku.

Aku pergi ke taman dengan segera dan aku di sambut dengan bunga kegemaran aku iaitu bunga Peony. Tanpa disangka, Sangwoo melamar aku di hadapan nenek,mama dan semua yang ada di rumah ini.

Pada masa ini, aku sudah tahu yang aku bertuah kerana diberi peluang untuk berada di samping insan-insan tersayang aku. Mama dan nenek memberikan aku senyuman agar aku menerima lamaran Sangwoo.

Aku menatap mata Sangwoo dan menganggukkan kepalaku sebagai tanda setuju.

Beberapa bulan kemudian, hari perkahwinan aku tiba. Mama dan nenek kelihatan sangat gembira dan teruja manakala Puan Aera pula sangat sibuk untuk menjayakan majlis kami.

Resepsi kami bermula apabila tibanya Taeyeon di dewan ini. Taeyeon memeluk aku dan memberikan kata-kata tahniah kepada aku.

Selepas itu, aku telah berkahwin dengan Sangwoo, cinta hatiku yang telah bersama aku sejak aku berada di negara kelahiran mama dan bapaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience