Taeyeon:
Nampak gayanya Hyera dan nenek semakin rapat sejak mereka bersama. Aku perlu memberitahu ayah dengan segera tentang hal ini.
Aku cepat-cepat pergi ke pejabat ayah dan memberitahunya tentang situasi ini.
Ayah sangat risau dan marah kerana sudah tentu dengan kehadiran Hyera, peluang untuk kami sekeluarga untuk mengambil alih syarikat nenek menjadi tipis.
“Taeyeon, kamu perlu cuba mengambil hati nenek ya… pastikan budak itu tidak akan sentuh syarikat wonder. Ayah tahu yang kamu faham bagaimana ayah menjadi hamba kepada nenek untuk syarikat ini. Jangan biarkan budak hingusan itu menjadikan syarikat itu kepunyaannya.” Kata ayah dengan nada yang tegas tapi merisaukan.
Aku cuba untuk memikirkan cara untuk menjatuhkan Hyera tapi memandangkan aku juga tidak kenal dia dengan baik menyusahkan lagi usaha aku untuk semua ini.
Selepas Hyera sudah berada di rumah nenek untuk lebih kurang satu minggu, aku menghantar Hyera kembali ke rumahnya kerana kelasnya akan bermula esok. Sejujurnya, aku risau sekiranya dia datang ke kolej esok. Aku risau sekiranya perhatian sekolah akan beralih kepada dia dan bukan aku lagi.
Hyera:
Kini aku kembali di rumah aku lagi. Sebenarnya, aku rasa aku lebih selesa tinggal bersama nenek tapi aku terpaksa dihantar ke sini kerana kelas aku akan bermula esok.
Share this novel