Buat masa ini, isu yang melanda aku ialah keadaan mama yang masih berada di San Francisco dan juga nenek. Aku mendapat tahu yang mama sering mendapat serangan jantung dan memerlukan aku bersamanya. Selain itu, nenek juga memerlukan aku dan masih tidak dapat menerima mama sebab kisah mereka lalu. Sudah berbulan lamanya aku sering berulang balik dari Amerika ke Korea dan aku rasa aku perlu membawa mama kembali ke korea kerana aku tahu mama sudah merindukan negara ini buat masa yang sudah lama.
“Nenek, tolonglah terima mama. Nek, kalau bukan mama yang telah menjaga aku dengan kasih sayang, sudah pasti aku tidak akan berada di samping nenek sekarang. Hyera sudah tidak sanggup berulang balik nek… Hyera perlu membantu nenek di syarikat tapi Hyera tidak dapat bekerja dengan baik sekiranya mama dalam keadaan sebegitu… tolonglah nek…”
Raut wajah nenek pada masa ini masih muram tetapi apabila aku mahu beredar dari bilik nenek, nenek tersenyum dan memberi kebenaran aku membawa mama datang ke sini.
Aku membeli tiket penerbangan dengan segera dan bersedia untuk pergi ke San Francisco untuk membawa mama balik.
Aku memberi tahu berita gembira ini kepada Sangwoo sebelum berangkat ke Amerika. Dia sangat gembira dan memberikan aku pelukan yang erat.
“Hyera, kamu tahu yang aku sangat bangga dengan kamu kan?”
Aku tersenyum. Aku sudah tidak sabar untuk membawa mama untuk berjumpa cinta hati aku ini. Aku telah berangkat ke San Francisco pada satu minggu selepas nenek memberikan izinnya.
Setibanya aku disana, aku meluangkan masa bersama mama dan membantunya untuk bersiap untuk balik ke korea.
“Hyera… kamu pasti nenek kamu setuju mama ikut kamu? Mama sebenarnya tidak sabar untuk kembali ke korea tapi mama takut mama akan rindu tempat ini. Tempat mama dan bapa kamu membesarkan kamu.”
“Mama… jangan risau yaa. Bagi Hyera, di mana ada mama dan nenek, Hyera pasti akan rasa gembira. Ayuh kita pergi.”
Share this novel