BAB 6

Romance Completed 609

12 June 2010 ,sebuah Satria Neo hitam muncul di hadapan rumah sewa sekumpulan pelajar UiTM Shah Alam.
"Assalamualaikum, ni rumah Encik Salman ? Ni ada kiriman istimewa dari jauh. Bau macam sedap".
"Waalaikumussalam, ya saya la Salman .kiriman? Oh,baik,baik. Terima kasih".
Sebiji kek Black Forest.Terselit sekeping kad comel pada tepi kotak kiriman itu;
‘Selamat ulangtahun ke-3 bie.
From Russia with love, yayang.’
Salman lantas memandu keluar mencari pusat WiFi di sekitar Shah Alam untuk menghubungi insan kesayangannya. Dalam hatinya cuma ada satu; terima kasih sayangku Sarathinna !Bie sayang Yayang!.
Restoran Starbucks di seksyen 9 menjadi pilihan. Setelah melabuhkan punggung di satu sudut , Salman segera mengakses internet di komputer ribanya, mancari link internet-calling, dan mendail no telefon Sarathinna . Namun,tiada jawapan darinya. Dua tiga kali mencuba,tetap sama sunyi,tiada suara di hujung talian.Salman cuba pula menghubungi Nuha , teman sebilik Sarathinna .
"helo, assalamualaikum. Nuha ya.Sarathinna mana ya? Salman sini. Dah cuba call dia tadi tapi takde orang jawab.Ni, nak bagitau Sarathinna kek dia kirim tu, Salman da terima.Cantik!.nak ucap terima kasih kat dia. Terharu sangat. Boleh tolong panggilkan dia sekejap, Nuha ?."
Dari jauh,tidak kelihatan mata kuyu Nuha yang telah basah. Mata galak itu telah dicemari air mata kesedihan yang tidak terbendung. Nuha senyap di hujung talian.
"helo,helo Nuha . Ada tak tu?"
Nuha terasa bersalah untuk membuka mulut. Terpancar dilemma dari raut wajahnya, tersepit di antara mahu menceritakan perkara sebenar atau atau apakah dia patut memendamkan sahaja. Akhirnya atas dasar tidak sampai hati untuk merahsiakan dari pengetahuan Salman , Nuha meluahkan segalanya.
"helo,Salman. Nuha ada ni". Nuha memulakan bicara dengan nada yang sebak.
"Salman, sebenarnya ada hal Nuha nak bagitahu ni. Tapi Nuha nak Salman sabar ye. Apa yang Nuha nak cakapkan ni mungkin sesuatu yang tak patut Salman terima,tapi ini lah takdir ALLAH."
"takpe takpe,cakaplah Nuha . Salman dengar aje ni."jawab Salman dengan teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience