BAB 7

Romance Completed 609

" Salman, semalam Sarathinna masuk hospital. Dia pengsan masa dekat kampus. Pihak universiti terus bawa dia pergi hospital. Masa tu, doktor cakap keadaan Sarathinna dah kritikal. Peluang untuk hidup pun tinggal dua puluh peratus. Doktor sahkan Sarathinna ada tumor dalam otak, Salman. Salman, Nuha minta maaf sebab tak jaga Sarathinna sebaik mungkin. Selama ini, dia mengadu sakit kepala, Nuha cuma beri dia paracetamol je. Nuha tak pula terfikir nak ajak Sarathinna jumpa doktor. Nuha minta maaf sangat sangat. Pagi tadi Sarathinna dah tinggalkan kita semua selama-lamanya. Dia dah tak ada Salman. Tak ada!." Jawab Nuha dalam suara yang sudah disertai sedu-sedan.
Salman terkedu. Mati segala percakapan. Terasa bak tangkai jantungnya disentap rakus. Rasa seperti nyawanya dicabut sesaat. Matanya mula menerbitkan kolam-kolam air mata sendu. Talian dengan Nuha telah diputuskan. Seraya Salman menyebut nama wanita kesayangannya perlahan-lahan. Perasaan sedih sudah menguasai dirinya. Dia lantas mengemas komputer ribanya dan bangkit cepat-cepat menuju ke kereta dan menghidupkan enjin. Pemanduannya seperti orang hilang arah akhirnya berjaya juga dituju ke destinasi. Setibanya di rumah, salah seorang teman serumahnya menghulurkan sepucuk surat yang baru diterima semasa ketiadaan Salman . Bersetemkan Russian Federation. Hanya satu dalam fikiran Salman .SARATHINNA ku

"Bie ku sayang,Salman ..
Terima kasih kerana sudi menjawab panggilan Yayang kali ini. Sudah lama Yayang tahan rindu ini. Yayang saja tulis surat sebab kalau Yayang e-mail atau chat, mesti Bie tak sempat nak melayan Yayang.Akhirnya Yayang juga yang kena pujuk diri sendiri. Tapi takpe pun. Yayang dah biasa dah. Bie tu bukan tau pun macam mana nak pujuk Yayang..hehe..:P..tak adalah, Yayang gurau je.
Bie, tadi kan, Yayang sengaja tipu Bie tau..Yayang minta alamat rumah Bie.hehe..sorry sayang.Yayang kata ade kawan Yayang kat Shah Alam nak jumpa Bie kan, sebenarnya Yayang minta sebab nak bagi b surprise cake ni.orang delivery tu minta alamat rumah.Tadi dalam telefon, Bie kata Bie teringin nak makan Black Forest kan, dah, Yayang dah carikan kek untuk Bie. Nanti kalau Bie dah terima, Bie telefon Yayang tahu!.Yayang nak dengar suara gembira Bie lagi. Ok lah Bie. Bie belajar lah dulu. Bie busy kan. Mesti exam memanjang.Bie doakan Yayang sentiasa sihat di sini, belajar ok dan paling penting, doakan kesejahteraan kita berdua dunia akhirat.
Kirim salam mama,ayah dan adik beradik Bie.kalu terjumpa adik Yayang kat Mid valley tu, bagitahu dia yang Yayang suruh belajar, balik hostel. Jangan asyik nak habiskan duit ibu abah je..hehe..tunggu Yayang balik 25 Jun nanti..:)

Yayang,
Sarathinna ..020408"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience