BAB 8

Romance Completed 609

Begitulah isi kandungan surat dari Sarathinna untuk Salman yang ditulis genap sebulan dari tarikh penerimaan kek tempahan istimewa darinya. Salman yang sudah tak tertahan sebak, terus mengalirkan air mata lelakinya. Padanya tidak perlu rasa malu untuk menangis kali ini. Air mata yang ini tidak akan mengalir jika peristiwa menyedihkan ini tidak akan berlaku hari ini. Tidak ada kerendahan ego seorang lelaki yang terang-terangan mengabaikan perasaan kekasih hatinya. Namun,hanya Salman yang tahu isi hatinya sendiri. Tidak siapa tahu betapa sayangnya dia kepada Sarathinna . Tidak perlu dia kisah apa orang lain kata tentangnya. Cuma satu, Sarathinna ku sayangku.
Salman menghidupkan enjin kereta semula,menuju ke tempat mereka selalu merehatkan minda,tempat mereka berdua berjoging bersama. Dalam fikiran Salman kini hanya ada kenangan-kenangan lalu yang sudah pasti tidak akan dating kembali.lagu-lagu kegemaran Sarathinna terpasang di corong radio kereta. Air mata Salman mengalir lagi. Hatinya teramat sedih.sesedih lagu kegemaran Sarathinna , sieze the day nyanyian avenged sevenfold; ‘seize the day or die regretting the time you lost its empty and cold without you here too many people to make over’. Dan seluruh liriknya memang menyentuh lubuk hatinya, menyebabkan Salman benar-benar mahu menukar stesen radio. Dan pada saat itu, sebuah lori yang dipandu laju datang dari belakang dan menyodok belakang kereta Salman yang dipandu perlahan itu. Dalam sekelip mata kereta Salman terdorong ke tengah jalan dan dilangggar oleh sebuah lagi kereta mewah dan bammmm!!!!....

020508….tarikh kedua-dua pasangan Salman dan Sarathinna meninggalkan dunia buat selama-lamanya, meninggalkan seribu kenangan dan impian yang tidak mungkin dicapai lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience