BAB 3

Romance Completed 609

Sarathinna hanya mampu tersenyum, membenarkan kata-kata Nuha . Hakikat yang pasti, Nuha tidak tahu apa tersirat dalam hati Sarathinna . Sarathinna cemburu melihat Salman belajar bersama-sama kawan-kawannya yang hampir semuanya perempuan. Siap boleh pergi keluar makan bersama-sama. Pernah sekali, Salman berkata dia pergi belajar dengan kawan di kampus, tapi, setelah diselidik, barulah dia mengaku yang mereka pergi ke pertunjukan belon udara panas di Putrajaya. Bukan tidak boleh,silalah bergembira dengan kawan-kawan itu,releaselah tensi, tapi seberat batu apakah yang menimpa mulutnya untuk memberitahu Sarathinna tentang itu. Benar, Salman belum menjadi suami yang sah buat Sarathinna ,tapi,salahkan untuk menyampaikan niat untuk berhibur sekejap,sekadar menyedapkan hati Sarathinna ,yang dikatakan kekasih hati kononnya itu. Bukan untuk menunjukkan kuasa queen control, tp setidak-tidaknya memujuk hatinya yang sentiasa berduka. Akhirnya Sarathinna menyimpan perasaan sedihnya sendiri sekali lagi.
Sebagai salah seorang peserta percintaan jarak jauh ini, Sarathinna akur tentang dugaan-dugaan yang datang bertandang. Sungguh mencabar. Hati mana tidak tersentuh melihat pasangan lain bergembira bersama melalui kehidupan suka duka. Hidup sentiasa melengkapi satu sama lain. Biar belum ada ikatan halal itu, tapi mereka tetap bahagia,hidup saling bergantungan. Mana yang lebih baik, ada antara mereka yang akan berkahwin. Sarathinna sakit hati. Bukan sakit hati kerana kebahagiaan mereka, tapi sakit hati kerana perlu cemburu dengan mereka. Insane tersayang ada di samping selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience