BAB 5

Romance Completed 609

Sarathinna terus menghubungi Salman sejurus selepas pulang dari kampus yang tidak jauh dari pangsapuri kediamannya. Betapa gembiranya hati Sarathinna mendengar suara lelaki kesayangannya itu
" Hai Bie!!..Yayang rindu sangat tau kat Bie.Bie ni sombong tahu! Sudahlah busy je memanjang. Sibuk mengalahkan orang yang belajar medic".
"hehe..Bie pun rindu kat Yayang la sayang. Tapi Bie memang busy. Banyak sangat kerja kena siapkan. Lagipun Bie tak ada kredit nak mesej Yayang.Internet ni dah la mcam gampang,Bie nk call guna internet-call pun susah. Geram tahu!nasib baiklah Yayang call ni. Kalau tak, Bie ni dah tak tenteram dah,Yayang".
Hati Sarathinna gembira tak terkata tatkala mendengar suara itu. Dan mereka pun berbual-buallah, bercerita macam-macam,melepaskan rindu masing-masing. Sebelum menamatkan talian, Sarathinna sempat bertanyakan Salman alamat rumah sewanya dengan alasan ada kawan yang juga tinggal di Shah Alam mahu bertandang ke rumah untuk kirimkan barangnya. Sarathinna juga sempat meyakinkan Salman tentang tarikh kepulangannya ke Malaysia adalah pada tarikh hari lahir lelaki kesayangannya itu. Akhirnya talian diputuskan dan Sarathinna menguntum seulas senyuman nakal penuh makna, penuh isi tersirat. Ada agenda tersendiri yang telah Sarathinna atur untuk memberi kejutan kepada lelaki yang bertakhta dihatinya itu.
Jari-jemari Sarathinna ligat bermain-main di papan sentuh komputer ribanya. Matanya melilau-lilau ke kiri ke kanan membaca data-data elektronik yang tertera pada skrin. Mulutnya sekejap-sekejap tersenyum. Dahinya tak sudah-sudah berkerut. Nuha yang setia pada bukunya pelik melihat sahabatnya itu. Sudahlah tak belajar, sempat pula nak main-main komputer.
"Wei Sara , kau ni kenapa? Dari tadi macam orang gila aku tengok. Dah dah lah tu. Pergi belajar. Esok ada ujian anatomi kan.cepat off laptop tu!".
"Ala Nuha .sekejap je. Aku nak cari kek Black forest untuk Salman aku la…nak order,pastu sekali dengan penghantaran.dia suka kek tu. Tak lama lagi ulang tahun kita orang yang ke-3. Aku ingat nak bagi dia surprise.hehe..tadi aku dah mintak dia alamat rumah dia kat Shah Alam tu!".
"Oh!haha.. apa-apalah Sarathinna ku sayang. Tapi jangan lupa study tahu!esok tak pass exam anat tu baru padan muka kau!".
"Baik boss ku Nuha !.tapi lepas ni aku nk tulis surat kat dia pulak tau.surat cinta. Esok kau boleh teman aku pergi pochta kan? Aku nak poskan surat cinta aku nanti."jawab Sarathinna sambil ketawa mengekeh-ngekeh.
"okay okay…cepat buat benda tak berfaedah tu..lepas ni belajar! faham tak budak?."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience