BAB 1

Romance Completed 609

"bie,yayang rindu bie. Yayang tak sabar-sabar nak balik Malaysia laa..huhu..bila lah nak musim panas ni."
"sabar lah sayang. Lagi beberapa bulan je ni. Yayang belajar lah elok-elok ye. Nanti balik Malaysia boleh lah enjoy puas-puas. Yayang, bie nak smbung belajar dulu ye. Nanti bie da sudah, kita skype OK? Tata sayang..I LOVE YOU SO MUCH".
Tuutt…nada telefon diletakkan kedengaran.
Sarathinna melihat skrin komputernya dengan hati yang sedih. Belum puas lagi dia berbual-bual dengan kekasih hatinya,namun dia memahami keadaan Salman yang sentiasa sibuk dengan pelajaran. Sarathinna melayan perasaan rindunya terhadap semua yang ada di Malaysia, tanah kampungnya. Terasa amat berat rindu yang mengasak jiwanya belakangan ini. Namun bagaimana caranya untuk mengubati rasa rindu yang kian kronik ini. Tak pernah lekang dari dugaan. Terkadang ada berita gembira yang mahu dikongsi bersama,namun yang tinggal hanyalah ucapan serupa dari mulut insan yang sama…BIE BUSY SAYANG…Salman seorang pelajar akaun dari university terkemuka tempatan,terpilih untuk berada dalam trek pantas yang mana setiap pelajarnya mempunyai bebanan dua kali ganda berbanding pelajar biasa. Sarathinna faham itu, tapi mana mungkin menghadap buku semata 24/7.Habis dia macam mana. Sebagai pelajar perubatan, sudah tentulah Sarathinna jauh lebih sibuk. Sarathinna sebal. Sudahlah keluarganya juga sibuk sentiasa, buah hatinya pun sama. Pembetulnya, Sarathinna rela bersendirian melayan kegembiraan malah kesedihan sendirian.
ALLAH,tabahkanlah hati ini. Aku percaya KAU maha mengasihi hamba-hambanya dan sentiasa mahukan yang terbaik buat umatnya yang beriman. Begitulah Sarathinna berdoa setiap kali selepas solat. Sarathinna teringat pesanan kakak usrahnya;" if I asked for strenght, ALLAH gave me difficulties to be strong". Dia lekapkan amanat itu di hatinya supaya masih boleh bertahan dia terhadap ujian itu. Dia percaya adanya hikmah terselindung di sebalik semua yang dia hadapi. Dia juga sedar terpilihnya dia untuk melanjutkan pelajaran di bumi Rusia ini memang ada kebaikan walaupun terpaksa berjauhan. Andai jarak itu ditentukan ALLAH sebagai medium perantaraan antara mereka,Sarathinna terima dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya,mereka dapat mengelakkan diri dari maksiat. Maaf ya, bukan maksiat itu, tapi setakat berpegang tangan sudah terkelompok sebagai maksiat. Sarathinna sangat bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience