BAB 4

Romance Completed 609

Peperiksaan-peperiksaan dan pelajaran Sarathinna telah mula terumbang-ambing. Kenangan-kenangan telah sekian lama bermain-main dalam kotak memorinya. Terkadang air matanya gugur jua
"ALLAH,tolong redakan hatiku yang gundah ini YA ALLAH. Kau kuatkanlah hatiku supaya dapatku melepasi ujianMU ini dengan tabah. Hatiku merinduinya setiap hari".
"jika beginilah rinduku padanya, aku pasti rindunya padaMU YA ALLAH juga sekuat ini. Kau tingkatkanlah keimanannya.Tidak mahu aku labuhkan cinta kepada orang yang lupa tentang siapa penciptanya,tentang tanggungjawabnya terhadap agama syumul ini..aamiinn". Sarathinna bermonolog dengan Tuhannya
Semenjak perkenalan Sarathinna dengan Salman semasa masih dalam tingkatan empat di sekolah yang sama dulu, memang telah tertanam niat di dalam hatinya untuk mengubah Salman menjadi seorang insan. Seorang manusia berguna. Manusia yang ada hala tuju dan wawasan dalam hidup, cemerlang dunia dan akhirat. Sejak itu, Sarathinna terus-terusan cuba memujuknya untuk tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Biar pada masa itu mereka berhubung melalui khidmat pesanan ringkas yang mana tidak dibenarkan digunakan dalam kawasan sekolah. Tapi bagi Sarathinna , hukum manusia,manusia biasa sepertinya yang menggubah.tapi hukum ALLAH,tidak akan ada seorang pun mampu mengubahnya. Niatnya pegun. Salman pula telah mula menunjukkan perubahan-perubahan positif. Dia mula menjaga setiap waktu solatnya,Al-quran sudah menjadi teman dan Sarathinna sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada pencipta. Sesungguhnya dia mahukan perubahan itu berterusan, bukannya hangat-hangat tahi ayam dan usahanya, dia rasakan memang tidak sia-sia.
Sarathinna mula tertarik pada diri Salman . Tambahan pula Salman merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah tentulah dia sudah biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang. Sememangnya dia seorang yang berani, tegas, tetap pendirian dan sangat berdikari. Itulah apa yang mengikat hati Sarathinna kepadanya. Salman pula sejak awal perkenalan,memang dia telah mula menyucuk jarum, tapi Sarathinna cuma buat muka sepuluh sen, tidak melayan. Memang, Sarathinna jual mahal orangnya. Setelah dua tahun berlalu barulah Sarathinna terima Salman . Itu pun setelah Salman mengaku bahawa Sarathinna hadir dalam mimpinya setelah dia berdoa kepada ALLAH di tanah suci Raudhah semasa menunaikan umrah beberapa tahun dahulu. Terusik hati Sarathinna ,maka mendapat tempatlah Salman di hati kecil Sarathinna . Itupun selepas diletakkan satu syarat yang mana Salman mesti berjanji untuk menjadikan Sarathinna teman hidupnya pada suatu hari nanti. Bukan apa, Sarathinna tidak mahulah dirinya dijadikan mangsa permainan cinta entah apa-apa dari lelaki entah siapa-siapa. Tepatlah kata paradigma islam dahulu, wanita ibarat buah epal di atas pokok. Lagi tinggi buahnya,lagi tinggi nilainya,lagi susah untuk dicapai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience