Bab 12

Humor Completed 20095

Aku berlari ke depan pintu untuk mengejar Yamato,tetapi sudah terlambat. Kereta Yamato sudah berlalu pergi meninggalkan aku.

"Yamato!" Jerit aku. Terduduk aku di atas lantai depan rumah, aku menangis semahu-mahunya.

"Sampai hati Appa buat hana begini..." ujarku sayu.

"Hana.. bangun, mari masuk rumah." Ujar kevin.

"Kevin... yamato!"

"Hana... percayalah pada kevin... kalau betul jodoh hana dengan Yamato, korang berdua akan bersatu juga.. percayalah pada kevin. Sudah jangan menangis pergi bincang dengan Appa elok-elok." Ujar kevin sambil membantu aku bangun.

"Hana cintakan dia..." ujarku perlahan sambil mengesat air mata.

"Iye.. kevin tahu hana cintakan dia dan Yamato pun cintakan hana. Kevin boleh nampak semua tu. Hana kena bersabar dulu." Ujar kevin sambil mengosok kepala aku. Lalu menarik aku kedalam pelukannya.

Aku menangis semahu-mahunya di dada bidang kevin untuk melepaskan rasa sedihku .
___________________

"Hana.. berkenaan dengan anak kawan Appa itu, appa harap kamu sudah bersedia, appa tahu Yuta dapat menjaga anak perempuan papa satu-satunya ni." Ujar Appa hana. Mereka semua hanya senyap di meja makan.

'Ouh.. jadinya nama lelaki tu Yuta.. hmm.' Ujarku dalam hati.

"Hana dengar tak apa yang Appa cakap kan ni?" Tanya appa serius.

"Ye appa.. hana dengar." Ujarku perlahan.

"Hana dah kenyang, hana masuk bilik dulu." Ujarku lalu bangun dari meja makan dan terus menuju ke bilik.

"Hana!" Panggilan appa aku tidak hiraukan. Aku menutup pintu bilik lalu merebahkan diri di atas katil. Aku menekup muka dengan bantal dan menangis sepuas-puasnya.

"Ting-ting!" Kedengaran bunyi mesej dari telefonku.

Aku bangun dan mengambil telefon yang berada di atas meja lampu di sebelah katil.

Satu mesej dari nombor yang tidak aku kenali terpapar di skrin.

- hana... aku Yuta, aku harap kita boleh jumpa esok. Bincang pasal perkahwinan kita. Aku datang Cafe kau pukul 12 tengah hari esok.

Mesej tersebut membuatkan aku rasa tidak sedap hati.. mungkinkah yuta juga tidak menyetujui perkahwinan ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience