Bab 13

Humor Completed 20095

Aku bersiap dengan malas sekali, sebenarnya aku tiada mood untuk pergi ke Cafe harini, tapi memandangkan yuta ingin berjumpa aku terpaksa juga pergi.

"Hana.. lewat pergi cafe harini? Selali pukul 9 dah pergi.. ni dah pukul 11." Ujar mama yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

"Saja.. malas sebenarnya hana nak pergi harini tapi ada temu janji pulak dengan client.. dia nak tempah cupcake 500 biji untuk majlis perkahwinan dia." Ujarku sambil menuang kopi kedalam cawan.

"Wah.. baguslah kalau macan tu." Ujar mama.

"Hana pergi dulu ye.. bye ma.." ujarku sambil mencium pipinya.

"Okay.. hati-hati bawa kereta." Balas mama.

"Okay.."

____________

"Bos.. lewat harini. Ada orang nak jumpa bos tadi, dia tunggu dekat meja hujung sana tu bos." Ujar pekerja aku.

"Ouh ye? Dah lama dah dia sampai?" Tanyaku sambil melihat jam di tangan.baru pukul 11.30am belum pukul 12 lagi.

"Dalam 15minit tadi bos..."

"Okay." Aku terus menuju ke arah meja yang di tunjukkan oleh pekerja aku tadi, kelihatan seorang lelaki yang kelihatan begitu segak dengan kemeja berwarna biru tua sedang sibuk bersama dengan laptopnya.

"Ehem... umm hai, encik yuta ke?" Tegurku. Lelaki tersebut mengangkat wajahnya.

Aku terlopong.

"Senior Yuta?!" Terkejut aku bila melihat senior yuta yang dulu aku sukai semasa di sekolah tinggi dulu berada di depan mata.

"Er.. hana?" Tanya senior yuta.

"Yee.. hana, hana sekolah sama dengan senior yuta dulu." Ujarku.

"Yeke? Umm.. perempuan yang Yamato suka tu Kau kan hana?" Tanya senior yuta tiba-tiba..terdiam aku. Aku mengangguk perlahan-lahan.

"Macam nilah hana, aku sebenarnya tak ada masa nak bersembang lama dengan kau. Aku cuma nak bagitahu aku tak rela dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kita dan aku dah ada girlfriend, yang paling penting girlfriend aku tengah mengandungkan anak aku. Aku tak boleh tinggalkan dia. Aku sayangkan dia." Ujar senior yuta. Jelas tekanan di wajahnya.

"Sa..saya pun tak rela dengan perkahwinan ni... saya cintakan yamato.." ujarku.

"Bagus! Bagus kalau macam tu nanti aku cuba bincang dengan appa aku dan aku cuba bincang dengan appa kau juga pasal perkahwinan kita ni.." ujar yuta bersungguh -sungguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience