Bab 10

Humor Completed 20095

"Hana..." tegur suara garau tersebut.

"Yamato!" Air mataku menitis mengambarkan bertapa gembiranya aku dapat bertemu kembali yamato setelah 5 tahun berlalu.

'Tuhan terima kasih!'

"Hana! Aku rindu kau!" Ujar yamato terus bangun dari kerusinya lalu memeluk aku seeratnya.

"Saya rindukan awak juga!" Jawabku membalas pelukannya.

"Bertahun aku cari kau hana.. akhirnya aku dapat jumpa kau semula. Aku-aku rindu kau sangat. Hati aku terluka bila dapat tahu kau pindah dari jepun." Ujar yamato. Air matanya menitis, dan dia tersengih.

"Saya minta maaf yamato, saya-"

"Syhh.. kau tak perlu cakap apa sekarang ni.." ujar yamato,jari telunjuknya diletakkan di bibir aku. Terasa hangat wajahku.

"Kau semakin cantik hana. Tak sia-sia aku tunggu kau, tak sia-sia aku cari kau. Aku rindu kau sangat hana.. ak-"

"Hana... siapa ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?" Tegur kevin yang entah muncul dari mana.

"Ah.. kevin ta-"

"Kau siapa? Kenapa kau kacau girlfriend aku? Kenapa dia menangis?" Tanya kevin sambil mencekak baju kemeja yamato.

"Hana... ni-ni boyfriend awak? Awak dah ada teman lelaki?" Tanya yamato. Matanya berkilau dengan air mata.

"Kev-"

"Ha'ah.. dia girlfriend aku. Kau siapa? Berani kau kacau girlfriend aku!" Ujar kevin memotong percakapan hana.

"A-aku m-minta maaf, aku tak berniat mahu menganggu hana. Aku tak tahu yang dia sudah ada teman lelaki. Hana aku minta maaf." Ujar yamato dia melepaskan cengkaman tangan kevin pada bajunya itu, dikemas begnya. Airmata yang menitis lekas disapu.

"Kevin.."

"Diam hana." Semua pelanggan di cafe hana melihat drama yang terjadi dihadapan mereka.

"Hana.. aku ada satu perkara nak beritahu kau,dari sebelum kau pindah ke us lagi.. aku tak sempat beritahu.. aku-aku cintakan kau hana.. aku minta maaf kacau girlfriend kau bro.selamat tinggal." Ujar yamato dan terus berlalu ingin keluar dari cafe tersebut. Air matanya disapu lagi.

'Pap,pap,pap,pap!' Kedengaran tepukan dari kevin,dan diikuti oleh orang ramai.

Yamato terkaku di hadapan pintu keluar cafe. Dia berpaling ke arah kevin yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Bro.. aku minta maaf.. hana ni sebenarnya adik tiri aku.haha." ujar kevin lalu menepuk bahu yamato. Pertama kali dia melihat seorang lelaki menangis kerana seorang perempuan.

Yamato kaku,tak tahu sama ada ingin mengamuk menumbuk kevin atau ingin memeluk hana.

"Saya pun cintakan awak yamato!" Tiba-tiba terasa seseorang memeluknya dengan erat. Dia lihat hana sedang memeluknya, tanpa sebarang kata dia terus membalas pelukan hana.

Tepukan gemuruh diberikan pada mereka berdua.
Yamato terus mengucup bibir hana. Hana terkaku dan tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience