Bab 14

Humor Completed 20095

"Begini uncle.. Appa. Yuta dan hana tak boleh terima cadangan appa dan ucle untuk kahwinkan kami.. kami berdua tak saling mencintai..."

"Tapi cinta boleh dipupuk selepas kahwin Yuta.." ujar Appa Yuta.

"Iya... yuta tahu tapi kami masing-masing sudah punya buah hati, dan... teman wanita Yuta mengandungkan anak yuta sekarang, yuta tak boleh tinggalkan dia, yuta sayangkan Moon.." terang Yuta.

Terkejut kedua orang tua tersebut bila mendengar teman wanita Yuta sedang mengandungkan anaknya.

"Yuta! Kamu jangan main-main dengan Appa! Betul ke teman Wanita kamu tu mengandung anak kamu? Kamu tak pernah cerita pada Appa yang kamu ada teman wanita?! Dan sekarang kamu cakap teman wanita kamu tu sudah mengandungkan Anak kamu! Apa semua ni?!" Jerkah Appa Yuta. Kesal dengan sikap anaknya itu.

"Yuta minta maaf Appa.. uncle, tapi itulah kenyataannya. Yuta bakal jadi ayah tak lama lagi. Yuta tak mahu mengecewakan moon. Yuta nak bertanggungjawab ke atas Moon dan ingin berkahwin dengannya dan bukan Hana.. hana juga sudah punya buah hati appa. Yamato dan Hana suka sama suka, yuta tak mahu hubungan Yuta dengan Yamato renggang hanya kerana perkara ini.. harap sangat Appa dengan uncle faham keadaan sekarang ini. Lagipun kami semua sudah dewasa, kami layak untuk menentukan teman hidup kami. Maafkan Yuta Appa, uncle." Terang Yuta panjang lebar.

Terasa lapang sedikit dada aku bila mendengar semua yang diperkatakan oleg Yuta itu.

"Hmm.. beginilah yuta.. uncle dah putuskan yang kamu berdua tak payah berkahwin, kamu lakukanlah tanggungjawab kamu pada teman wanita kamu yang sedang mengandung itu, jagalah dia baik-baik. Uncle tak akan paksa kamu berdua untuk berkahwin. Lagipun Uncle tak larat nak dengar Hana menangis malam-malam." Ujar appa sambil tersengih memandang aku.

"Terima kasih uncle.. appa..."

"Sudahlah Yuta.. Appa kecewa dengan kamu. Lebih baik kamu jaga teman wanita kamu tu bbaik-baik appa nak kamu kahwin dengan Dia minggu depan. Appa taknak ada banyak gossip tersebar." Ujar Appa yuta.

"Dan kamu hana... yamato macam mana? Ada jumpa dengan kamu?" Tanya Appa yuta.
Aku terkejut seketika.

"Umn tak uncle.. dia dah balik ke jepun."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience