Bab 5

Humor Completed 20095

"Arghh! Aku terlebih emotional pula.. hahahah. Dah jom kita balik kelas." Ujar yamato tiba-tiba selepas beberapa minit berdiam diri.

Aku lihat air matanya bergenang.. kenapa dengan yamato sebenarnya?

Aku mengikuti yamato dari belakang. Dia kelihatan sedih dan tak happy seperti tadi.

_______

Aku berjalan pulang dari sekolah seorang diri. Yamato menjadi seorang yang pendiam selepas kejadian di taman sekolah tadi.

Aku tak tahu apa yang dia fikirkan pada masa itu. Dan kenapa yamato menangis bila bercakap pasal perkara begitu?

Aku berjalan mengikuti satu lorong sunyi yang selalu aku gunakan untuk pulang ke rumah,lorong tersebut ialah jalan short cut untuk sampai ke rumah dengan lebih awal tapi ia agak menakutkan sebab itu tak ramai yang menggunakannya.

Aku berjalan melepasi tong sampah besar yang berada disitu. Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari tong sampah tersebut dan menerjah aku.

"Hey mana kau nak pergi hah?!" Jerkah lelaki tersebut sambil memegang pergelangan tangan aku bila aku mahu melarikan diri.

"Tol- umm!" Aku ingin menjerit minta tolong tapi dengan pantas aku di tarik kedalam pelukannya dan terus menutup mulut aku dengan tapak tangannya yang berbau tengik. Aku rasa macam nak mati.

Aku meronta-ronta untuk dilepaskan tapi kudrat aku tidak sekuat lelaki tersebut. Aku diheret ke belakang tong sampah besar tersebut.

"Diam! Jangan melawan! Kalau tak aku bunuh kau. Aku cuma nak rasa kau sikit hehehe. Duduk diam-diam!" Jerkag lelaki tersebut sambil menghunuskan pisau rambo ke arah aku.

Aku mengigil ketakutan. 'Ya tuhan.. tolong aku!'

"Tolong jangan rogol aku! Kau nak duit ambiklah dalam beg aku ni! Tolong jangan rogol aku!" Rayuku bila dia mengikat tanganku menggunakan tali pinggangnya. Sambil tangannya sesekali menghunus kan pisau ke arah aku.

"Kau diam! Aku nak sentuh sikit je.. tak luak pun perempuan macam kau ni kalau aku sentuh!" Ujar lelaki tersebut lalu meraba perlahan-lahan peha aku.

Aku mengigil ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience