Bab 11

Humor Completed 20095

"Appa... kenalkan, ini yamato. Yamato kawan lama hana di jepun dulu, ingat tak masa hana nak kena.. umm.."

"Tak apa hana, biar aku yang cakap." Bisik yamato.

"Um.. selamat tengah hari uncle, saya kawan lama hana dari jepun yamato kazuki, sebenarnya saya sudah lama mencari hana tapi baru sekarang saya dapat jumpa dia, terima kasih pada tuhan. Dan saya datang ada hajatnya uncle." Terang yamato bersopan santun, aku hanya duduk disebelah appa, aku tertanya-tanya hajat apa yang ingin disampaikan oleh yamato?

"Iye.. uncle ingat lagi,kalau tak ada kamu tak tahu lah apa yang akan jadi pada hana ni. Uncle berterima kasih pada kamu. Katakan sajalah apa hajat kamu,mungkin uncle boleh tunaikan.." ujar appa.

"Sebenarnya saya ingin mengahwini Hana. Saya ingin menjadikan dia sebagai isteri saya yang sah, saya sudah lama menunggu saat ini uncle. Baru sekarang saya jumpa hana uncle." Terang yamato bersungguh-sungguh.

Aku terkejut bila mendengar yamato ingin mengahwini aku! Aku tak sangka yang yamato begitu bersungguh-sungguh. Aku memandang ke arah appa, kelihatan wajah appa seperti kurang senang mendengar hajat yamato itu.

"Umm, beginilah yamato. Sebenarnya uncle sudah mempunyai pilihan sendiri untuk Hana, dan uncle sudah bercadang untuk memberitahu hana tentang perkara ini masa makan malam nanti yang uncle akan kenalkan dia dengan anak kawan uncle, kami sudah bersetuju untuk menyatukan mereka berdua bulan hadapan,sementara ini kami akan biarkan mereka berkenalan dulu. Jadi uncle tak dapat menunaikan hajat kamu itu yamato, uncle minta maaf." Ujar appa lalu berlalu dari situ.

"Appa!" Aku terkejut, kenapa? Kenapa baru sekarang appa nak perkenalkan aku dengan kawan dia? Kenapa selepas yamato muncul? Aku menekup mulut menahan tangis.

"Hana..." tegur suara garau itu lembut.

"Hana.. mungkin, mungkin kita tiada jodoh untuk bersama. Kita jadi kawan ye, aku tak mahu kau menghampakan appa kau. Tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betul sayang dan cintakan kau, umm dan sebenarnya hana aku kena balik ke jepun harini, kerja aku dah selesai semalam. Jadi.... umm selamat tinggal?" Ujar yamato, senyuman di wajahnya seperti dipaksa.

Tanpa menunggu jawapan aku yang sedang menangis ini. Yamato terus meninggalkan aku.

"Yamato!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience