Bab 3

Humor Completed 20095

"Eh kau tahu luna, senior yuta dah ada girlfriend.. semalam ada budak kelas ekonomi nampak dia dengan seorang perempuan berciuman.. argh kecewa aku!"

Aku berjalan memasuki kelas tidak menghiraukan sekumpulan budak perempuan yang sedang bergosip di luar kelas itu.

Tapi dalam hati aku tetap rasa sedikit kecewa.. aku sudah menyimpan rasa suka terhadap senior yuta sejak tahun pertama aku memasuki sekolah ini lagi .

'Betul ke senior yuta dah ada girlfriend?' Tanyaku dalam hati.

"Okay class, harini saya nak perkenalkan seorang murid baru." Ujar puan kim setibanya dia di kelas.

Seorang budak lelaki berjalan memasuki kelas.

"Wahh handsomenya..!"

"Oh my.. cutenya. Aku sukaa!"

"Wow.. handsomenya. Tinggi pula tu! Minta-mintalah dia single lagi!"

Suara-suara di dalam kelas mula bising. Aku masih memandang keluar tingkap mengenangkan hati yang kecewa kerana senior yuta sudah mempunyai teman wanita.

"Hai.. aku yamato, yamato izuki. Sila beri tunjuk ajar." Ujar yamato sambil tersenyum kecil.

"Okay yamato. Pilihla tempat yang mana kamu nak duduk. Banyak lagi tempat kosong." Ujar puan kim.

"Haish...kalaulah aku confess dari dulu.." guman aku perlahan.

"Apa yang awak nak confess kan?" Tanya yamato.

Aku terkejut dan terus berpusing ke arah sebelah kanan aku.
Terkejut aku melihat Yamato berada disebelah aku sambil tersengih.

"What the... macam mana awak ada dalam kelas saya?!" Tanyaku terkejut.

"Awak mengelamun jauh sangat sampai ke us dah saya tengok. Saya baru pindah sekolah dekat sini. So yeahh saya satu kelas dengan awak. Lagipun abang saudara saya ada belajar disini." Ujar Yamato.

"Ouh.. yeke! Maaflah tak beri tumpuan masa awak perkenalkam diri tadi. Btw siapa ye abang saudara awak tu?" Tanyaku.

"Saya rasa semua orang kenal dia... nama dia yuta kazuki. Saya dengar dia senior paling popular dekat sekolah ni." Terang yamato.

"Yuta! Senior yuta?!" Tanyaku terjerit kecil. Tak sangka yang yamato ialah saudara yuta!

"Kenapa awak terkejut sangat? Awak suka yuta ke?" Tanya yamato kembali.

"Urmm.. s..saya.. um.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience