BAB 1

Romance Completed 15830

Seberat apapun kesulitan dan kesedihan yang dirasakan, kita tidaklah sendiri. Dan tidak ada yang perlu dikhawatirkan jika Allah bersama kita. Dia lah pemilik segalanya di dunia ini.

Dia Maha Kuasa atas segala sesuatunya. Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Allah tidak akan membiarkan hambanya berlarut dalam kesulitan. Di balik kesulitan pasti ada kemudahan. Dengan mengingat Allah akan membuat hati menjadi tenteram.

Allah SWT berfirman:

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar Ra’d: 28)

Kemudian mataku tertumpu pada bait perenggan seterusnya,

"Dan ketika hati terikat dengan Allah, maka saat itu kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – iaitu kepada si gadis dengan sifat sopan dan malu, kepada anak yang taat kepada ibu bapa, juga kepada isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Sungguh ia mengena tepat di hati. Setiap perkataan ity itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca.

Betapa indahnya andai aku bisa mahupun berpeluang menjadi menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Bermula dari saat itu, aku berazam untuk menjadi perhiasan dunia dan akhirat.

Aku mahu menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menghamparkan kasih sayang ikhlas seluruh jiwaku , kesetiaan dan ketaatan hanya untuk

Suami dan semua berlandaskan kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap

wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas

nikmat yang dikurniakan kepadaku. Aku semakin bersemangat.

**

Dengan sekali lafaz, apa yang aku inginkan menjadi realitu. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali

pertunangan selama 12 bulan dengan hamba Allah bernama Mohd Noah. Syukur Alhamdulillah hambanya yang satu ini menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Eh, Waalaikumusalam," jawabku sepatah sambil menundukkan wajah namun ku beranikan diri dan seraya memberikan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku.

Perlahan-lahan dia melangkah menghampiriku.

"Suri buat apa dalam bilik ni? Patutlah abang cari kat luar tak jumpa rupanya Suri hati abang ni menyorok dalam bilik eh." Usik Noah.

Aku dapat merasa bahang panas di kedua pipiku. Aku tersenyum mendengar bicaranya. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan 'abang' dari bibirnya.

‘’Abang..’’ indah sungguh perasaan ini.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai 'suri hatinya’ nya.

Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku

dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri mempertemukan bebola mata kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience