BAB 4

Romance Completed 15830

“Apa? A.....Abang.....nak kahwin lagi?" Bagai gugur jantungku saat mendengar permintaan yang tak aku pernah bayangkan. Aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu.

Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah berjaya melengkapkan mahu dan inginnya sebagai seorang suami, lelaki dan teman. Aku ingatkan semuanya sudah mencukupi. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang. Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang belum cukup untuknya. Hatinya masih punya ruang untuk insan lain. Tanpa bicara, dia mengangguk.

“Dengan siapa abang?" Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Aku cuba tenang. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

“Nurul . Suri kenal dia, kan?" Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Nurul itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Nurul juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Nurul. Tapi siapa saja yang tak jatuh hati pada Nurul.

“A....Abang......Apa salah Suri abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Noah sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Suri tak salah apa-apa sayang. Suri baik. Cukup baik. Abang sayang pada Suri ."

" Apa makna sayang itu abang. Tapi....Nurul . Abang juga sayang pada Nurul ....bermakna.....sayang

abang tidak sepenuh hati untuk Suri lagi."

"Suri .....sayang abang pada Suri tidak berubah. Suri cinta pertama abang.

Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang

banyak berurusan dengan Nurul. Dan Abang tak mahu wujud fitnah antara kami."

"Semantelah, abang ini lelaki Suri . Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu dan Suri perlu redhakan.."

Ya Allah, Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku.

Apa ini Ya Allah, Lelaki ini suamiku. Aku telah mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Siang dan malam aku ikhlaskan dan beri cintaku padanya. Hari silih har berganti dan kasih sayangku padanya tidak pernah pudar.

Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Namun ini semua belum mencukupi. Kau hadirkan dua zuriat pengikat kasih, ku sangka ia cukup kuat menjadi tali membawa kami menjadi keluarga bahagia ke syurgamu namu kau hadirkan insan lain, menggoncang hatinya. Ini kah hadiah atas ketaatan ku sebagai seorang isteri?

Jangan silap, sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, aku juga manusia. Aku juga bisa terluka. Alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi. Bibir yang ku kucup setiap kali aku menunaikan tanggungjawabku sebagai isteri.

Malam itu, tidurku bergenang air mata. Dalam kesayuan, aku memandang

wajah Abang Noah penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Aku sakit hati.

Terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata

semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan belati tajam?

Apakah dia tidak mengerti derita hati ini yang telah dia bawa? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini.

Alangkah pedihnya!

Tujuh hari, itu tempoh yang aku jalani dalam penyeksaan ku rasa, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience