BAB 9

Romance Completed 15830

Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Perihal anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka.

Mereka punyai ibu baru. Makcik Nurul . Abah perlu temankan Makcik Nurul seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Nurul juga menjadi 'ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Nurul baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain . Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima.

Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Nurul . Bagiku Nurul seperti adikku sendiri. Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain Aku boleh saha disiinggahi dengan aku rasa cemburu, rasa terluka.

Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain . Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa.

Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Pun begitu rasa cemburu itu tidak wajar dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia.

Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Siapa kata mencari redha Allah itu mudah, sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Apatah lagi aku ini manusia biasa yang masih bergelut dengan dosan dan pahala. Saban hari aku berperang dengan perasaan.

Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu.

KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Andai aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Siapa yang mahu hidup berpoligami bila ka tidak redha dan tidak kuat. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran.

Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk menerima ujian ini daripada jutaan umat manusia di dunia fana ini. Semuanya hanyalah sementara, tiada yang kekal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience