BAB 5

Romance Completed 15830

Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu. Aku juga manusia. Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Ku percaya ada hikmah yang aku sendiri bekum mapu rungkaikan. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Di mana kami sekeluarga bergurau senda dengan suamiku.

Apa yang tinggal kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Noah telah tawar, hambar tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka. Rasa benci mencucuk-cucuk.

Namun di sebalik semua itu, Abang Noah masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak pernah berubah, masih sama seperti dulu.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru.

Adakah Abang Noah benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

"Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu." Dalam kegelapan malam, aku bangkit

sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengenang semula kembali matlamat hidupku yang pernah aku sematkan dalam diriku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar

cintanya atau untuk mengejar redha Allah? Ada dua jawapan, mana satu yang harus ku jawab.

Ya Allah, aku sedari bahawaini adalah ujian yang Engkau hamparkan ke atas ku untuk menguji tinggi mana paras keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.
Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta
Allah. Cinta manusia hanya pemangkin tiada yang kekal. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Akhirnya, dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Noah
berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang
menyampaikan hasrat Abang Noah itu kepada Nurul.Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk
merisik Nurul.

"Sumpah? Suri ?......Suri serius?"

Aku mengangguk.

“Ya abang. Suri sendiri akan cakap pada Nurul . Suri lakukan ini semua atas kerelaan hati Suri sendiri. Abang jangan risau...Suri jujur terhadap abang. Suri tak akan khianati abang. Suri hanya mahu lihat abang bahagia,"

Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya. Aku berperang dengan perasaan. Tiada yang kekal di dunia ini, hanya Allah SWT.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Nurul datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Nurul . Nurul dengan segala senang hati menerima undanganku.

Wanita ini bukanlah orang asing bagiku. Malah dia juga mesra dengan
anak-anakku.

"Nurul ......akak jemput Nurul ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan," setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

“Apa dia, Kak Suri . Cakaplah," lembut nada suaranya.

“Abang Noah ada pernah cakap apa-apa pada Nurul ?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience