BAB 6

Romance Completed 15830

“Maksud Kak Suri , Ustaz Noah ?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

“Pernah dia cakap dia sukakan Nurul ?"

“Sukakan Nurul ? Isyyy....tak mungkinlah Kak Suri . Nurul kenal Ustaz Noah . Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Suri tanya macam tu? Kak Suri ada dengar cerita dari orang ke ni?"

“Tidak Nurul . Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika.

“Nurul , kalau Kak Suri cakap dia sukakan Nurul dan nak ambil Nurul jadi isterinya, Nurul suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.

“Kak Suri !" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya.

“Apa yang Kak Suri cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Suri ," kata Nurul seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Noah sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

“Tidak Nurul . Akak tak bergurau......Nurul sudi jadi saudara Kak Suri ?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Nurul memandang tepat ke wajahku.

“Kak Suri . Soal ini bukan kecil Kak Suri . Kak Suri pastikah yang......Ustaz Noah .....mahu... melamar saya?" Dari nada suaranya, aku tahu Nurul jelas tidak tahu apa-apa.

Nurul gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Nurul akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Nurul termenung mendengar penjelasanku.

“AllahuAkhbar, Kak Suri .....saya tidak tahu bagaimana Kak Suri boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Suri . Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Suri terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca betapa kata-kata itu seakan satu ubat dari manusia yang akhirnya faham bahawa sungguh hatiku terluka.

“Nurul ...Kak Suri tahu kamu tak salah. Kak Suri juga tak salahkan Abang Noah . Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Suri ."

“Kak...maafkan Nurul ." Dengan deraian air mata, Nurul meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku berjuraian jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita dan aku seakan menerima salam kekuatan dari wanita lain.

“Jadi...Nurul setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

“Kak Suri ....ini semua kejutan buat Nurul . Nurul tak tahu nak cakap. Nurul tak mahu lukakan hati Kak Suri ." "Soal Kak Suri ....Nurul jangan risau, hati Kak Suri ...Insya Allah tahulah akak mendidiknya.

Yang penting akak mahu Abang Noah bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Nurul pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Nurul orang yang baik.

Sepanjang Kak Suri mengenali Abang Noah dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Nurul . `'

“Ya Allah, Akak.....Nurul terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Nurul masa dan Nurul perlu tanya ibu bapa Nurul dulu."

“Ya itu lagi afdal, Kalau Nurul setuju, Kak Suri akan cuba cakap pada ibu bapa Nurul ."

Alhamdulillah, pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.' Tidak dinafikan, pada mulanya, keluarga Nurul agak keberatan untuk membenarkan Nurul menjadi isteri kedua Abang Noah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience