BAB 2

Romance Completed 15830

Berseri-seri wajahnya dan betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu.

Aku hanyut dalam renungannya mata coklat cairnya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Tidak berapa lama kemudian, aku tersedar kembali ke alam nyata.

“Suri baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?" ujarku.

"Ha'ah dah maghrib. Baiklah Suri mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat

Maghrib sama-sama ye?" Dia tersenyum lagi. Sungguh sebauh senyman yang mampu menggegarkan jantungku, menggoncangkan hati wanita ku ini.

Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Usai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh

kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama. Satu lagi anugerah indah dari Allah. Seakan gugur tiap dosaku. Sukar untuk ku gambarkan keindahan hubungan Halal ini.

Sungguh aku mahu dia tahu bahawa seluruh rasa kasih dalam sanubariku ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di

hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu

dilepaskan. Erat terasa genggamannya, sungguh tenang dan selamat ku rasa.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Terima kasih kerana sudi memilih Suri, wanita biasa dan polos ini sebagai suri hati abang. Suri tahu banyak kelemahan dalam diri ini. Suri insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Bawalah Suri ke mana saja, Suri janji untuk membahagiakan abang dan akan menjadi suri serta serikandi hidup abang hingga ke Jannah. Suri mahu kita bersama-sama melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu. Semoga saja dia faham.

"Eh apa ni, Suri tau tak , sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Suri sudi terima abang dalam hidup Suri . Abang sayangkan Suri . Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Suri boleh terima abang seadanya.

Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya ya. Sama-samalah kita rukun dan saling bersabar, setia dan menjaga segalanya demi cinta untuk Allah ini ya.."

"Insya Allah abang....Suri sayangkan abang."

"Abang juga sayangkan Suri . Sayang sepenuh hati abang."

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku,

ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku

tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Tiada apa lagi yang ku mahukan melainkan kerukunan rumah tangga ini.

Asal saja aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra dan tertib memujukku, memelukku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan juga adakalanya disulami dengan rasa cemburu. Mengenangkan suamiku ini mempunyai paras rupa yang menawan.

Dah kenapa dengan aku ni. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami?

Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience