BAB 3

Romance Completed 15830

Pantas, aku menium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya.

‘’Sayang ku Suri, Suri hatiku ini begitu cantik setiap kali nangis, tapi itu bukan bermakna abang suka buat Suri nangis tau. Suri cantik persis permaisuri.’’ Aduh itulah antara kata-katanya yang mampuu mencairkan seluruh jiwaku, Sungguh dia pandai mengambil hatiku.

Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suamiku ini. AKu harus lebih berusaha dan ikhlas.

“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu." Fikirkan ku menyinggah pada potongan hadis yang satu ini.

Aku terlalai pada kasih sayang duniawi hingga lupa misi akhiratku. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku.

Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata. Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Ada sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja.

Satu tubuhku letih dan penant. Berbeza ketika hidup bujang, tugasku berubagh secara total. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Sungguh besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya aku mmujuk diriku sendiri. Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

“Suri baik, cantik. Abang sayang Suri ." Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai.

Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran dua orang putera dan seorang puteri.

Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku mengikat kasih kami. Ku panjatkan rasa syukur atas nikmat Zuriat pemberian Allah ini kepada kami. Namun yang terlakar indah itu pasti ada rona buruk melarik remuk segala indah itu. Aku diuji, satu-satunya benda yang ditakuti sekalian wanita. Sungguh aku belum kuat. Aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

“Suri .....abang ada sesuatu nak cakap dengan Suri ."

“Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.

“Suri isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Suri . Abang bertuah punya Suri sebagai isteri, Abang sudah cukup sempurna dengan hadirnya Suri" bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

“Kenapa ni bang? Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

“Taka da masalah sangat, cuma.. Hurmm Tidak Suri . Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mmenerbitkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya. Aku panik.

“Suri ......abang.....abang nak minta izin Suri ......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience