Bilik Tidur Raja

Short Story Series 1323

Dikisahkan seorang wali Allah telah pergi ke istana. Ketika beliau di dalam istana tersebut, beliau telah masuk ke dalam sebuah bilik.

Terlintas di benaknya bilik yang dimasuki beliau adalah bilik tumpangan yang disediakan oleh raja untuk tetamu yang bertandang ke istana baginda. Beranggapan sedemikan, wali Allah tersebut tidur di dalam bilik tersebut untuk berehat.

Tiba-tiba, beliau dikejutkan oleh pengawal istana. Beliau yang terpinga-pinga diberitahu oleh pengawal istana bahawa mereka diarah oleh raja untuk menangkap beliau.

Lalu, wali Allah itu dibawa menghadap raja tersebut. Baginda kelihatan sangat marah dengan tindakan wali Allah tersebut dan berkata kepada wali Allah tersebut.

“Ini bukan bilik tumpangan, ini bilik tidur untuk raja!”

Mendengar kata-kata raja tersebut, wali Allah tersebut dengan tenang mengajukan satu soalan kepada raja tersebut.

“Siapa yang tidur di dalam bilik ini sebelum tuanku?”

Raja tersebut membalas pertanyaan wali Allah tersebut.

“Sebelum aku tidur dalam bilik ini, ayah aku  yang tidur dan sebelum ayah aku ,datuk aku yang tidur di dalam bilik ini.”

Wali Allah itu bertanya sekali lagi kepada raja tersebut.

“Di mana mereka semua sekarang?”

Raja tersebut berkata.

“Semua sudah tiada, dah meninggal dunia.”

Lantas wali Allah tersebut berkata.

“Betullah ini bilik tumpangan. Penginapnya semua duduk sementara sahaja, lepas dah tiada, orang lain pula akan masuk”.

Raja tersebut terdiam mendengar jawapan wali Allah tersebut. Selepas kejadian tersebut, baginda terus membebaskan wali Allah tersebut.

Usahlah kita terlalu obses dengan apa yang kita miliki. Kereta besar, rumah besar, pangkat besar, gaji besar, “handphone” besar, semuanya diperlukan untuk hidup tetapi bukannya matlamat utama kita menjalani kehidupan.

Berpada-padalah mengejar kemewahan dunia; dan besederhanalah mencintai kebahagiaan dunia.

Ini kerana segala-galanya hanyalah sementara dan dunia yang kita duduki sekarang ini sekadar tumpangan.

Ingat, keperluan untuk hidup, bukan hidup untuk keperluan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience