Kitti dan Piggi

Short Story Series 1323

Kitti dan Piggi adalah teman karib.

Pada suatu hari, kitti telah jatuh ke dalam sebuah lubang besar. Kitti kemudian menjerit meminta tolong.

Mujur Piggi terdengar suara Kitti meminta tolong. Piggi bertanya, "Macam mana aku nak tolong kau Kitti?"

"Kau pergi ke kandang kuda. Lepastu kau  ambil seutas tali pengikat kuda tu. Bawa datang sini"

Piggi kemudian telah mengambil seutas tali dan membawa ke tempat Kitti jatuh.

"Ni Kitti. Tali yang kau suruh aku bawa tadi"

"Piggi. Kau lempar tali tu ke bawah"

Kemudian Piggi dengan yakinnya telah melemparkan keseluruhan tali tersebut ke dalam lubang.

Dengan sangat murung Kitti berkata, "Kamu lemparkan tali semua ke bawah, macam mana kamu nak tarik aku ke atas Piggi?"

"Habis tu? Apa yang aku kena buat ni Kitti?"

"Kau patut pegang kuat-kuat salah satu hujung tali tadi"

Tidak sempat Kitti menghabiskan ayatnya, Piggi segera melompat ke dalam lubang.

Dengan muka slumber dan sebelah kakinya memegang salah satu hujung tali tadi, ia berkata, "Sekarang sudah tak ada masalah lagi. Aku dah pegang hujung tali ni. Apalagi yang aku kena buat Kitti?".

Kitti menangis. Ia menangis kerana merasa dirinya sangat bahagia.

Ada sejenis sahabat. Dia tidak terlalu bijak. Tetapi kamu patut milikinya dan bersahabat dengannya seumur hidup.

Kerana, sahabat sebegini adalah sahabat yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience