Kentang, Telur dan Biji Kopi

Short Story Series 1323

Pada suatu hari, ada seorang gadis berjumpa dengan ayahnya.

"Ayah. Saya penat lah. Hidup saya tak pernah senang. Entah bilalah hidup ni akan bebas dari kesusahan". 

Gadis ini telah bertungkus lumus bekerja keras tidak kira waktu sepanjang ia telah bekerjaya. Tetapi, hanya salah satu sahaja daripada masalahnya yang dapat diselesaikan. Belum pun dapat menarik nafas, datang pula menyusul masalah yang lain.

Ayahnya yang juga seorang tukang masak membawanya ke dapur.

Si Ayah kemudiannya mengisi tiga biji periuk dengan air dari paip dan meletak ketiga-tiganya di atas dapur dengan api yang dipasang besar.

Setelah tiga periuk berisi air paip tadi mulai mendidih, si Ayah segera memasukkan beberapa biji kentang ke dalam periuk pertama, beberapa biji telur ke dalam periuk kedua, dan beberapa biji kopi ke dalam periuk ketiga.

Kemudian Si Ayah berdiri kaku dan membiarkan ketiga-tiga periuk tadi di atas dapur yang masih menyala apinya tadi, tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada anak gadisnya.

"Hmmmmh. Apa yang ayah buat ni"

Si gadis mengeluh dan tidak sabar menunggu lantas bertanya apa yang sedang ayahnya lakukan.

Setelah dua puluh minit berlalu, si Ayah mematikan api yang menyala di dapur tadi.

Si Ayah kemudiannya mengambil sebiji kentang dari periuk pertama dan meletakkannya ke dalam sebiji mangkuk.

Si Ayah kemudiannya mengambil sebiji telur dari periuk kedua dan meletakkannya ke dalam sebiji mangkuk yang lain.

Kemudian, si Ayah menyendok beberapa biji kopi dan meletakkannya ke dalam sebuah cawan.

“Anakku, sekarang apa yang kamu lihat?”

“Kentang, telur dan kopi,”
Si gadis terburu-buru menjawab kerana sudah tidak sabar dengan kerenah ayahnya.

“Tengoklah lebih dekat dan sentuh kentang tu”.

Si gadis memegang kentang  yang berada dalam mangkuk itu dan berkata bahawa kentang itu lembut.

"Ambil telur tu. Kemudian pecahkan".

Si gadis segera mengambil sebiji telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulit telur tersebut, didapatinya telur  itu telah menjadi sebiji telur rebus.

Akhirnya, si Ayah memintanya untuk merasa biji kopi pula.

Aroma kopi yang berbau segar membuatkan gadis tadi tersenyum sendiri.

“Ayah, apa maksud semua ini?”.

Kemudian si Ayah menerangkan bahawa kentang, telur dan biji kopi tadi masing-masing telah menghadapi masalah yang sama iaitu air mendidih.

Namun, ketiga-tiga menunjukkan tindak balas yang berbeza sama sekali

"Kentang itu kuat dan keraskan?"

"Tapi bila dimasukkan ke dalam air mendidih, kentang yang keras tadi berubah menjadi lembut".

"Isi telur yang cair, bila dimasukkan ke dalam air mendidih berubah menjadi keras"

"Tapi, biji kopi yang paling unik sekali. Setelah biji kopi terkena air mendidih, biji kopi mengubah air dan menciptakan air paip tadi kepada sesuatu air yang baru".

“Ketika kesusahan atau masalah datang kepadamu, bagaimana cara kamu menghadapinya?

“Kamu yang mana satu anak ku? Kentang, telur atau biji kopi?

Dalam hidup ini, banyak perkara yang terjadi di sekitar kita.

Banyak juga perkara yang terjadi pada kita.

Tetapi apa yang benar-benar penting adalah cara kita menghadapi masalah tersebut.

Jadi, manakah diri anda? Adakah anda kentang, telur atau biji kopi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience