Jalan Berlubang Di Korea

Short Story Series 1323

Ada dua kumpulan pelancong yang pergi bercuti ke Pulau Geojedo di Korea Selatan.

Pulau ini adalah pulau yang kedua terbesar selepas Pulau Jeju.

Walaupun pulau ini kedua terbesar, tetapi keadaan jalan rayanya adalah kurang memuaskan.

Kebanyakan jalan di bahagian kampung nelayan adalah sangat buruk dan terdapat banyak lubang.

Pemandu kepada kumpulan pelancong pertama kerap kali merungut dan mengadu yang keadaan jalan raya disini amat teruk, kerap rosak dan lewat diperbaiki.

Manakala pemandu kepada kumpulan pelancong kedua pula lain cakapnya.

Ia berkata dengan penuh senyuman.

“Jalan yang kita lalui sekarang ini adalah jalan protokol ternama di Geojedo yang bernama jalan berlubang dan berlekuk yang mempesona.” 

Walaupun keadaannya jalannya tetap sama. Masih berlubang di sana sini. Namun kata-kata dari fikiran yang baik akan menimbulkan pandangan yang baik terhadap jalan tersebut.

Jelas, fikiran adalah suatu hal yang sangat menakjubkan.

Bagaimana anda berpikir?

Keputusan berada di tangan anda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience