Pemuda Gila

Short Story Series 1323

Sebuah monorail sedang bergerak membawa penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi sepanjang 11 stesen yang wujud di tengah bandaraya batu Kuala Lumpur.

Kelihatan di suatu sudut terdapat seorang pemuda berusia 30 tahun sedang berada di dalam gerabak paling hadapan monorail bersama dengan ayahnya yang kelihatan berusia hujung 60an.

Pemuda itu melihat keluar melalui tingkap kaca monorail itu dan berteriak,

“Ayah, lihat pokok-pokok itu berjalan!”

Ayahnya tersenyum melihat telatah anaknya.

Namun, satu pasangan muda yang duduk berhampiran memandang pelik perilaku keanak-anakkan pemuda berusia 30 tahun itu.

Tiba-tiba, tidak lama selepas itu, pemuda tadi sekali lagi berteriak kepada ayahnya yang duduk bersebelahan.

“Ayah, awan itu macam berlari kejar kita lah!”

Pasangan muda tadi yang masih lagi memerhati situasi itu tidak dapat menahan perasan kasihan dan lelaki dari pasangan itu berkata kepada ayah pemuda tersebut,

“Mengapa pakcik tak bawa anak pakcik jumpa doktor psikologi?”

Ayah pemuda tadi tersenyum dan berkata,

“Saya sudah bawa anak saya berjumpa doktor dan kami baru saja pulang dari hospital. Anak saya buta sejak lahir. Dia baru sahaja menjalani pembedahan dua minggu lalu kerana baru sahaja mendapat sumbangan mata dari penderma. Baru 3 hari ni dia dapat nikmat melihat".

Senyum ayah pemuda itu sambil memandang penuh kasih sayang pada wajah anaknya.

Setiap orang di dunia ini memiliki sebuah cerita yang menpunyai kisahnya yang tersendiri.

Jangan kita menilai orang lain sebelum kita benar-benar mengenal mereka.

Kerana, kebenarannya mungkin akan mengejutkan kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience