Fazly duduk disebuah kerusi di tempat menunggu GrabCar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketika sebuah Perodua Alza berhenti, perkara pertama yang Fazly perhatikan adalah keadaan Alza yang dijadikan GrabCar tersebut. Kelihatan Alza itu begitu bersih dan berkilat-kilat.
Dari dalam Alza tersebut keluar seorang pemandunya berpakaian kemeja hijau pucuk pisang berlengan pendek, berseluar panjang hitam dan kemas bertopi snapback tertulis perkataan "I'm Duan". Pantas pemandu tersebut menuju ke arah tempat penumpang dan membuka pintu penumpang untuk Fazly.
"Saya Duan". Dengan sopan pemandu itu menyapa Fazly sambil membuka pintu penumpang. Sambil itu, dengan pantas Duan juga menyerahkan sekeping bisnes kad kepada Fazly.
Setelah disambut Fazly, dengan sopan Duan terus mengambil bagasi milik Fazly untuk dimuatkan di ruangan bonet belakang Alza tersebut.
"Sementara saya menyimpan bagasi Tuan, saya mohon Tuan untuk baca misi saya yang ada di bisnes kad tadi" Pinta Duan kepada Fazly dengan senyum lebar.
Fazly terkejut. "Oh, ada misi. Lain dari yang lain ni" Kebiasaannya, Fazly tidak begitu ambil kisah sangat apa yang tertera dibisnes kad yang dia perolehi.
Dengan pantas Fazly membaca bisnes kad itu. "PERNYATAAN MISI : Untuk menghantar pelanggan ke destinasi mereka dengan cepat, selamat, selesa dan dalam suasana yang harmoni". Disebelah belakang kad tertera nama dan no telefon Duan.
Saat Fazly duduk di belakang, Duan dengan ceria bertanya,
"Tuan nak minum kopi panas tak? Saya ada termos yang berisi kopi panas. Tapi kopi tanpa kafein lah".
Fazly bergurau, "Takpe, saya lebih suka minuman ringan aje".
Dua tersenyum dan berkata,
"Takde masalah. Saya pun ada ice box. Ade ni Coke, Diet Pepsi, Soda, jus oren."
Terkejut Fazly bila Duan membuka ice box yang berisi minuman yang dia cakap tadi.
"Kalau gitu, saya nak Soda lah."
Sambil menghulurkan setin soda dan sebatang straw, Duan berkata lagi, "Kalau Tuan nak membaca sesuatu, saya ada Metro, Berita Harian, The NST, Star dan Sun Today."
"Oh, takpe. Saya tak boleh membaca dalam kereta. Pening". Terkulat-kulat Fazly memberitahu Duan.
"Kalau macam tu, Tuan mungkin nak dengar radio atau muzik? Saya boleh bukakan untuk Tuan".
"Hmmm, boleh juga. Buka kan saya siaran radio Era ye. Tapi tak perlu kuatlah volumenya. Sedap telinga dengar aje".
Seperti belum cukup, Duan memberitahu Fazly bahawa Alza ini telah dipasang aircond dan bertanya apakah suhu aircondnya sesuai untuk Fazly.
"Yes. Okay dah tu suhu macam ni. Tak sejuk sangat. Tak panas sangat".
Kemudian barulah Duan memberitahu Fazly bahawa mereka akan bergerak sekarang ke destinasi pilihan Fazly seperti tertera di "route" yang ada pada paparan smartphone pada aplikasi GrabCar. Duan juga memberitahu Fazly yang dia tidak kisah untuk bersembang dan juga memberitahu tentang beberapa pemandangan atau tempat-tempat menarik lainnya.
"Saya kagum lah dengan awak".
"Selalu ke awak layan penumpang awak macam ni?".
Duan tersenyum ke cermin pandang belakang.
"Tak. Tak selalu. Baru aje saya buat dalam dua tahun kebelakangan ni. Dah lima tahun pertama saya kerja jadi pemandu GrabCar ni, saya banyak mengeluh. Sama aje macam pemandu GrabCar yang lain".
"Sebenarnya ade cerita macam mana saya boleh berubah macam ni"
"Satu hari tu. Tengah boring-boring tunggu penumpang, saya terbaca satu cerita yang kawan dalam grup Whatsapp kongsi. Cerita tentang KEKUATAN PILIHAN."
"Rumusan cerita tu tentang kekuatan diri kita yang menekankan bahawa kita boleh memilih untuk menjadi ayam ataupun helang".
"Kalau kita bangun di pagi hari dan mengharapkan hari yang buruk, kita hanya akan mengecewakan diri sendiri. Jadi berhenti mengeluh!"
"Jangan jadi ayan. Tapi, jadilah helang. Ayam hanya tahu mengeluh untuk terbang. Tetapi helang terus je terbang tinggi ke mana yang ia mahu".
"Cerita tu sangat memukul dan membuka fikiran saya," kata Duan.
"Sebenarnya ia adalah tentang diri kita sendiri. Selama ini kita selalu mengeluh. Jadi saya ambil keputusan untuk berubah sikap dan ambil keputusan nak jadi macam helang".
"Saya tengok keadaan sekeliling saya. Banyak GrabCar yang kotor, driver yang tak ramah, dan pelanggan yang tidak bahagia".
"Sebab tulah, saya ambil keputusan nak buat beberapa perubahan, perlahan-lahan. Bertahap, tapi istiqamah. Setiap kali penumpang saya bagi respon yang baik, saya akan ulang lagi cara saya layan mereka pada penumpang lain dan akan perbaiki lagi mana yang kurang".
"Tahun pertama saya jadi helang, saya berjaya dapat bayaran terkumpul dari penumpang sebanyak dua kali ganda dari tahun sebelumnya. Tahun ini, tahun kedua. Saya berjaya dapat bayaran terkumpul empat kali ganda. Pelanggan yang pernah guna khidmat saya melalui GrabCar selalu akan call saya balik untuk saya ambil mereka. Jadi, saya ada dua jenis pelanggan. Satu dari GrabCar dan satu lagi bekas pelanggan GrabCar yang dah jadi pelanggan tetap saya".
"Wah. Kisah awak ni sangat-sangat memberi pengajaran pada saya. Tak sia-sia saya putuskan nak naik GrabCar berbanding monorail tadi. Ada asbab ilmu saya nak dapat rupanya". Ujar Fazly dengan penuh syukur.
Duan membuat pilihan yang berbeza. Dia memutuskan untuk berhenti menjadi ayam dan mulai terbang seperti helang.
Mulailah menjadi helang hari ini. Satu langkah kecil setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun dan hingga bila-bila.
Langsung tidak ada kata yang kita terlambat.
Perbaikilah diri sendiri dan kemampuan kita dalam cara yang berbeza.
Jadilah helang, bukan ayam.
"Kita tidak mati jika terjatuh dalam air. Tetapi kita akan mati jika kita tidak tahu berenang".
Share this novel