Bab 4 Barangan Terpakai

Drama Completed 2013

Hari ini cuaca agak baik,cuti sekolah penggal bermula,rutin biasa yang aku buat pada waktu cuti sekolah adalah mengemas,membasuh,memasak dan di bantu oleh adik ku Mahani,mak biasa lah menjaga adik adik yang masih kecil,dan ayah pula dah beberapa hari tidak ke laut kerana tak berapa sihat,kakinya terseliuh atas bot semasa menangkap ikan,jadinya hilang lah pendapatan ayah buat kami sekeluarga buat sementara beberapa harini.Selesai membuat kerja kerja di rumah,aku seperti biasa akan ke bangsal Cik Yah.Hari ni banyak keropok keping yang harus di jemur,cuaca panas,cepat lah ia kering,dan boleh membuat pembungkusan pula.Sedang aku menjemur keropok keping itu,anak Cik yah iaitu Syira datang pada ku sambil menghulurkan satu beg plastik besar pada aku."Ziah,nah ambik ni ambe beri mung barang barang yang ada dalam beg plastik ni,sebab ambe ade yang baru,nak buang sayang,baik ambe beri mung,boleh gak mung guna,lagi pun masih elok lagi barang barang ni"."Hoooo betul ke ni mung beri ke ambe,terima kasih banyak la syira"."Hoolaa sama sama Ziah weh",kalau ade mende mende yang ambe tak boh gune ,ambe beri ke mung lagi oorrkk",jadinya tak la membazir sangat kata Syira pada ku,aku mengangguk senyum tanda setuju.Dan aku bersama Syira menuju ke sebuah pangkin yang terletak di bawah pokok besar,aku pun membuka beg plastik yang di beri Syira sebentar tadi.Aku terkejut melihat barang barang yang Syira beri,ada beg sekolah,baju sekolah,pensel box dan sebagainya."Wahhh banyak sungguh ni Syira weh"."Ambe rasa baju tu muat ke mung sebabnya badan kita lebih kurang sama saiz",kalau Mahani pakai tu,mungkin besar sikit,sebab ia kecik sikit kan dari kita",tapi boleh je oorrkk",kata Syira pada ku."Dak pe boleh Mahani pakai sampai tahun depan pun",jawab ku."Apa apa pun sekali lagi ambe ucap terima kasih banyak la Syira","ambe gi sambung kije dulu deh",Syira mengangguk senyum lalu dia berjalan pulang.

Sebelum kami semua tidur,sempat aku mengeluarkan dan menunjukkan barang barang yang di beri Syira petang tadi pada Mahani,baju kurung sekolah sepasang aku ambil,sepasang lagi Mahani ambil,beg sekolah aku berikan pada Madi,pensel box pula aku berikan pada adikku yang kelima Mira,manakala pensel warna berjenama luna aku berikan pada adikku yang keenam Muhammad,sungguh suka hati adik adikku mendapat barangan keperluan sekolah walaupun barangan terpakai dari Syira.Ayah dan mak hanya tersenyum dalam duka melihat kegembiraan anak anaknya itu.Tidak lupa juga aku memberikan duit gaji yang aku dapat tadi pada mak.

Sejuknya pagi ni,cuaca mulai mendung,seakan akan hujan ingin turun menyimbah bumi.Aku bangun untuk membersihkan diri,berdirinya aku di depan sebuah telaga yang terletak di belakang rumahku,menggigil tubuh badanku,sudah lah terasa sejuk dek angin lalu,di tambah pula dengan kesejukkan air dalam telaga ini.Sedang asyik aku mandi,secara tiba tiba guruh berdentum kuat,lalu hujan turun selebat lebatnya.Ini bermakna aku tidak dapat untuk pergi kerja di bangsal Cik Yah.Hujan lebat sememangnya tak boleh nak menjemur keropok ikan keping.

Sungguh kasihan pada adik adikku yang kecil yang masih lagi memakai kain lampin,mak tidak dapat membasuh dan menjemurnya,kerana dek hari hujan yang amat lebat,sehingga mak terpaksa mengoyakkan kain batik dan kain pelekat ayah untuk di jadikan kain lampin adik adikku pakai."Ziah...hari ni masak bubur kosong aje ye,jadinya semua boleh makan termasuk adik adik kecil ni",kata mak padaku.Aku hanya mengangguk senyum pada mak sambil ingin menuju ke dapur."Mak...,rasanya beras tak cukup tu nak masak,kalau Ziah masak pun boleh hanya untuk adik adik yang kecil tu je","nak ke kedai runcit pulak hujan bertambah lebat ni",macam mana mak"?,dah la kaki ayah tak sihat lagi","nanti bila hujan reda sikit suruh Midin dengan Madi tolong beli",kata mak."Masak la mana beras yang ada tu dulu untuk adik adik",kata mak lagi.Aku mengangguk lalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience