Bab 2 Kampung

Drama Completed 2013

Terengganu,Kuala Dungun.Seperti biasa Yaakob bersiap siap hendak menaiki bot bersama kawan kawannya untuk pergi menangkap ikan di laut,orang orang kampung dan kawan kawan memanggil nya pok akob.Pok akob harus bekerja keras untuk perbelanjaan keluarganya,namun hatinya tetap sedih kerana pendapatan yang pok akob dapat pun hanya mengikut berapa banyak tangkapan ikan.Hatinya luntur pabila teringatkan anaknya Maziah yang bekerja sambilan dengan kawan sekampungnya Kiah(Yah) yang membuat keropok ikan keping,membancuh,menguli,menghiris dan menjemur.Dapatlah Maziah menyimpan duit tersebut untuk membeli keperluan sekolahnya serta adik adiknya yang sedang bersekolah.

"Maznah...nanti bila Ziah balik sekolah nanti suruh dia mari ke bangsal ambe ye","banyak order pulak untuk minggu depan,sebab ada orang nak ambik borong","jangan risau ambe bayar lebih sikit ke dia dari hari biasa"."Iye lah Yah,nanti ambe kabo ke ia",jawab mak."Ambe balik dulu deh",mak hanya menganguk sambil tersenyum melihat Cik Yah berlalu pergi.Mak pun terus menyambung menyidai baju baju dan kain lampin adik yang masih kecil,sementara cuaca masih molek dan adik adik masih di buai mimpi.Selesai tugas mak menyidai kain baju,mak terus masuk ke dapur untuk memasak pula.Selalu nya mak hanya memasak lauk ikan singgang sahaja untuk kami makan adik beradik waktu pulang dari sekolah.

Pulang dari sekolah aku terus mandi secepat mungkin,makan untuk mengalas perut dan terus pergi ke bangsal Cik Yah yang di beritahu oleh mak sebentar tadi pada aku.Sesampainya aku di bangsal Cik Yah,tanpa membuang masa aku terus memulakan kerja.Pukul 6.00 petang setelah selesai semua kerja,aku terus meminta izin dari Cik Yah untuk pulang,dan Cik Yah tidak lupa memberi aku gaji.Aku di beri gaji hari." Disebabkan banyak kerja hari ni,nah ni gaji mung tuk ari ni", Cik Yah menghulurkan duit sebanyak RM30."Terima kasih Cik Yah,banyak ni,biasa nya dapat RM20 aje",kata ku."Hari ni kan lagi banyak kerja dari yang sebelum ni,""di sebabkan minggu depan kan ada orang nok mari ambik borong",kata Cik Yah.Aku hanya menganguk sambil menyalam tangan Cik Yah dan beredar pulang.

Aku terus menghulurkan gaji yang aku dapat tadi pada mak sebanyak RM20 dan lagi RM10 aku simpan untuk kegunaan keperluan sekolah aku dan adik adik.Seronok timbul di hati aku melihat mak mencium duit tersebut dan mengucap syukur pada allah kerana dapat rezeki lebih dari hari biasa.Malam menjelang,adik adik aku sedang menjamu makanan yang siang tadi di panaskan semula oleh Mahani.Hanya mak dan aku yang tidak menjamah makanan kerana nasi dan lauk tidak mencukupi,biarlah adik adik aku sahaja yang kekenyangan.Mak dan aku dah biasa makan sekali sehari sahaja.Untuk mengelakkan perut aku terasa lapar,aku terus masuk ke bilik dan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience