Bab 5 Berasnya Tumpah

Drama Completed 2013

Hujan oh hujan,malah makin laju mencurah bumi,pilu rasa hati hampir seminggu hujan tidak berhenti,selama itu juga aku tidak dapat pergi ke bangsal Cik Yah untuk bekerja."Mak hari ni kita nak masak bubur atau nasi goreng kosong"?,soal ku pada mak."masak bubur aje dah Ziah,nanti kalau goreng nasi,laju je makan,biar bubur,jadi sikit je makan,kene berjimat ni",jawab mak."Janji perut semua anak anak mak jangan kosong dah",kata mak lagi.Siap masak bubur,dan kesemua adik adikku makan,aku memberikan duit pada Midin sebanyak RM10 untuk membeli beras,hujan masih lagi tidak reda,tapi apakan daya Midin harus juga pergi."Midin macam biasa 5kg,dan hati hati ye",sambil aku menyarungkan plastik sampah di badan Midin seperti baju hujan,dan membalut kepalanya dengan plastik kecil,supaya tidak air hujan membasahi baju dan rambutnya.

Guruh berdentang dentum,hampir sejam Midin tidak lagi kelihatan,mungkin terperangkap di kedai runcit tersebut.Cuaca kelihatan gelap seperti pukul 8 malam,padahal jam baru menunjukkan pukul 6 petang."Mana abang Midin ni tak balik lagi kak Mahani",tanya Mira."Kejap lagi balik la tu,kan hujan lebat ni,mesti dia tunggu kt kedai lg",balas Mahani."Kesian kat abang Midin","biarlah Madi tengok kan dia",tanpa membuang masa terus Madi keluar dari rumah tanpa sebarang memakai penutup pakaiannya.Belum separuh perjalanan,habis kuyup seluruh tubuh badan Madi,dek kerana lebatnya hujan.Dari jauh dalam samar samar hujan,Madi ternampak sebatang tubuh terpelesok di tepi jambatan kecil,ye ye ye makin hampir Madi di situ,ternyata itu adalah abangnya Midin."Allah abang!!!!!macam mana boleh jadi gini,ya allah ya allah...",menangis Madi melihat keadaan abangnya Midin yang kakinya tercucuk serpihan kayu dari jambatan kecil itu.Sambil tolong memapah abangnya,"Masa abang sedang lalu di sini tadi,abang terkejut bunyi deruman guruh yang kuat,lalu abang berlari ingin cepat sampai rumah,tetapi abang tergelincir atas jambatan ni","jambatan ni licin,dan kaki abang tersadung dan terhentak sehingga kayu jambatan tu pecah mungkin ia dah reput separuh,tu yang tak boleh nak bangun apatah lagi nak berjalan","nasib baik mung datang cari abang",kata Midin."Tengok tu sekampit beras tak dapat di selamatkan,terkoyak plastik beras di sebabkan terkena hujung paku jambatan tu semasa jatuh tadi,habis bertabur beras tumpah masuk ke dalam air sungai tu",kata Midin lagi.Madi hanya menangis sehingga tidak boleh berkata kata,terlalu sedih hatinya melihat keadaan yang terjadi.

Maznah terpaksa meminta bantuan dari Cik yah,meminjam duit untuk membeli beras."Yah...ambe nak minta tolong sikit,ambe nak pinjam RM20 beli beras","nanti bile Ziah mula kije balik,mung tak payah bayar ke die,jadinye ambe ganti ke situ balik deh","boleh je Nah,ni ambik RM20 buat beli beras",hulur Cik Yah pada mak,mak menyambut dan mengucap terima kasih lalu beredar dan terus ke kedai runcit membeli beras.

Suasana hari ni nampak cerah,alhamdulillah bolehlah aku pergi ke bangsal Cik Yah untuk bekerja seperti sebelum ni.Ayah juga sudah sekian lama tidak ke laut,hari ni ayah dah boleh pergi ke laut,tapi kaki ayah belum sepenuhnya baik,kata ayah nanti bila atas bot,ayah akan minta tolong pok li untuk mengurut sikit bagi membetulkan urat urat kaki yang terseliuh tu.Nampaknya ayah mungkin ambil masa yang lama di laut nanti.Bila ayah pulang nanti dapatlah kami makan lebih sikit dari sebelum ni,dimasa hujan lebat kami menahan lapar sahaja,oleh kerana tak dapat membeli beras,beras yang ada sedikit tu hanya boleh dimasak buat bubur dan di makan untuk adik adikku yang masih kecil sahaja. Pabila terpaksa juga redah dalam hujan pergi ke kedai oleh Midin,beras pula tumpah dan kakinya tercedera.Tiada rezeki kami.

Kaki adikku Midin nasiblah tak teruk mana,lega juga dihati,setelah mencuci luka tu,kemudian letak ubat cap gamat,syukur cuma masih terhincut hincut bila berjalan,insyaallah baik lah tu nanti.Keesokkan harinya sekolah dah mula buka,jadi malam ni sebelum tidur,aku dan adik adik sibuk mengemas barang keperluan untuk esok,selesai mengemas kami semua tidur awal semoga esok segar di pagi hari untuk ke sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience