Bab 14 Keputusan

Drama Completed 2013

Ramai sungguh yang datang ke sekolah,yang mak ayah datang sekali dengan anak anak mereka untuk mengambil keputusan SPM.aku terus menuju ke kantin sekolah dahulu,kerana dah berjanji untuk berkumpul dengan kawan kawanku terlebih dahulu.ternyata mereka terlebih dahulu menunggu kedatanganku.berpelukan kami di situ oleh kerana masing masing hati bergetaran.

"hey jom jom kita ke kelas,aduh sakit perut segala dah ni,kata zubaidah...,"ya rabbi ya rasul takutnya....,huhuhu dah dah baca bismillah banyak banyak,...kata kartini,saleha dan diri ku hanya mengengam tangan antara kami berdua,...

"Assalammualaikum cikgu,serentak kami mengeluarkan kata salam pada cikgu."waalaikumsalam hah kamu kamu,mari mari,nak ambik ni keputusan kamu masing masing,tahniah mana mana diantara kamu yang cemerlang,dan tahniah juga yang hanya cukup cukup makan ni,...tahniah tahniah kamu semua lulus dalam peperiksaan SPM,...

Melompat lompat kegembiraan teramat sangat si kartini dan saleha,oleh kerana keputusan yang mereka dapat sangat cemerlang.aku dan zubaidah hanya lulus tetapi tidak cemerlang seperti kartini dan saleha.

"Alhamdulillah kita semua berjaya,tidak seorang pun gagal dalam SPM ni,...kata saleha pada kami semua."ye syukur ke hadrat ilahi kerana kita semua lulus,..."ok sekarang ni jom kita gi banda ambe nok belanje makan,kata kartini."ambe belanja KFC deh,...kami semua mengganguk setuju sambil tersenyum senyum simpul.dengan hati yang gembira kami berjalan beriringan sambil bersembang sembang sambil tertawa kecil.jaga adab kesopanan.konon.sehinggalah kami sampai di perhentian bas,selang beberapa minit,bas pun muncul dan kami menahan bas,pabila bas berhenti,kami pun melangkah menaiki bas tersebut.sesampai di stesen bas di bandar kami turun dan menuju ke restauran KFC,di dalam kfc,kartini memesan makanan pada setiap kami iaitu snak plate.kami makan sambil bersembang kosong pula.

"hah gane lepas ni,mung mung nok gi mane sambung belajar?,...kalu hok ambe,ambe nak apply USM kat Pulau Pinang,kata kartini pada kami semua.saleha pula ingin melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi,zubaidah pula ingin ke UITM Shah Alam,dan aku.....ingin ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.kerana aku di antara mereka tidak berkemampuan.yang aku boleh kecapi pun hanya mencari pekerjaan di negeri orang.sesudah kami semua makan dan bersembang sembang,kami semua pun pulang ke rumah masing masing.

Setibanya aku di rumah,mak yang mula menyambut ku."hah gane ziah,mung lulus ke dop?,..."alhamdulillah mok ambe lulus,tapi dop cemerlang mane pung,..."syukur amin janji mung lulus ziah,bole la orang terima mung kije hop molep skit,paling tidak kerani ke,..."hooo insyaallah mok,..."kalu kite ade pitih bole beri mung sambung belajar ziah,...ni pung kite dop cukup pitih,gane la mok dengan ayah nok beri ke mung,adik adik mung lagi,..."dah la mok,ambe tak dop rasa kecik hati pung,ambe tahu gane keluarga kite,yang penting mok ayah beri ambe gi kl cari kije cukup,..."ambe lening dop mikir mende lain dah,selain nok senangkan keluarga kite masa akan datang ni je mok,...mak memeluk ku dengan erat sekali sambil mengosok gosok belakang tubuhku.

Seisi keluargaku telah tahu keputusan SPM ku,mereka gembira dan ayah terharu kerana tak dapat nak menyambungkan pembelajaranku. pada hari ini,kedai abang aki tutup sebab abang aki ingin kerumah ku untuk menjamu makan pada kami sekeluarga dan juga untuk meraikan aku kerana aku lulus dalam peperiksaan.abang aki mengetahui keputusan SPM ku itu pun dari mahani.banyak sungguh makanan yang abang aki bawa ke rumah kami.kami semua makan sambil bersembang kosong.seronok hati kecil ku ini pabila melihat adik adikku makan makanan yang di bawa oleh abang aki itu.berselera sungguh mereka semua termasuk mak dan ayahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience